Peramalan penduduk di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Lee, Fung Kiun (2006) Peramalan penduduk di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000875.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pertumbuhan penduduk di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, menentukan model yang sesuai di antara model trend linear dengan model trend kuadratik untuk menerangkan pertumbuhan penduduk di negeri Sabah dan Wilayyah Persekutuan Labuan dan seterusnya menganggar penduduk di negen Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2006. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data sekunder yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sabah. Plot siri masa dan indeks digunakan untuk melihat pertumbuhan penduduk. Dua jenis model iaitu model trend linear dan model trend kuadratik dibandingkan untuk menentukan model yang paling sesuai. Perbandingan dilakukan berdasarkan kepada nilai pekali penentuan, R2, pekali penentuan terlaras, R2, min sisihan mutlak, MAD dan peratusan min sisihan mutlak, MAPE. Kajian ini mendapati bahawa penduduk di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai trend yang semakin bertambah dan masa ke semasa. Model trend kuadratik didapati adalah lebih sesuai daripada model trend linear untuk menerangkan pertumbuhan penduduk di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan model trend kuadratik, bilangan penduduk di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2006 adalah dianggarkan sebanyak 3 361 930 orang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: population, Labuan, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 13:34
Last Modified: 13 Oct 2017 15:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5857

Actions (login required)

View Item View Item