Penggunaan model "Ray Diagram" untuk meningkatkan kefahaman dan minat dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat bagi tajuk "Understanding Lens"

Nur Fadhilah Azami (2008) Penggunaan model "Ray Diagram" untuk meningkatkan kefahaman dan minat dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat bagi tajuk "Understanding Lens". Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000908.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Kota Belud untuk menguji kesan penggunaan model Ray Diagram terhadap kefahaman dan minat bagi mata palajaran Fizik tingkatan empat. Kajian yang bersifat kuantitatif ini menggunakan responden seramai 31 orang pelajar dari kelas aliran sains yang dipilih secara rawak mudah. Model yang berkonsepkan analogi ini digunakan untuk memudahkan pelajar menentukan ciri-ciri imej bagi suatu objek dengan lebih mudah di samping membantu mereka untuk melukis gambarajah sinar dengan betul. Elemen warna yang digunakan bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengingat langkah-langkah penting di dalam menghasilkan gambarajah sinar. Kajian menggunakan satu kumpulan tunggal sebagai kumpulan rawatan (pre-post design). Set soalan ujian pra dan pasca digunakan sebagai instrumen untuk mengukur kefahaman pelajar di samping soal selidik untuk mendapatkan respon dari persepsi minat. Data yang dianalisis secara deskriptif dan inferensi menunjukkan penggunaan model Ray Diagram mampu meningkatkan kefahaman selain menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk "Understanding Lens"

Item Type: Academic Exercise
Keyword: UNDERSTANDING LENS , FIZIK LEARNING
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 May 2013 13:33
Last Modified: 13 Oct 2017 16:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5896

Actions (login required)

View Item View Item