Kesan hormon terhadap pengaruhan sel somatik pada physalis minima

Voon, Nancy Wan Yen (2005) Kesan hormon terhadap pengaruhan sel somatik pada physalis minima. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000917.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Regenerasi sel somatik juga dikenali sebagai embriogenesis somatik, di mana peringkat seterusnya bagi pembentukan kalus boleh ditumbuh kepada dua bahagian: pembentukan embrio yang sama, atau plantlet dihasilkan dengan terdapatnya perbezaan somaklonal. Embrio somatik dibentuk daripada penggabungan sel-sel somatik embrio yang keeil dan tunggal dan seterusnya berkembang dalam beberapa peringkat: peringkat berbentuk bundar, peringkat berbentuk globular, peringkat berbentuk jantung, dan akhirnya peringkat berbentuk torpedo. Selepas peringkat akhir torpedo, plantlet muda akan terbentuk. Ini bennakna sel somatik akan seterusnya berkembang menjadi embrio somatik. Dalam kajian ini, hanya bentuk globular kalus diperoleh. Sel somatik dapat dikesan selepas eksplan daun dipotong dan dikulturkan selama dua hingga tiga bulan. Bagi mengesan kesan hormon terhadap pengaruhan sel somatik, kerja pengkulturan kalus dijalankan dan kalus ditimbang semasa sub-kulturan dengan menggunakan sukatan perubahan berat kalus yang segar. Hormon NAA, BA dan 2, 4- D dikaji dengan kepekatan O.5mg/l, 1.0mg/1 dan 2.0mg/1 yang ditetapkan. Sel somatik hanya dapat diaruhkan dengan kehadiran honnon-hormon tertentu, terutamanya hormon BA. Kawalan tidak dapat mengaruhkan sel somatik. Hormon BA memainkan peranan penting dalam merangsangkan sel somatik jika kepekatannya adalah lebih tinggi berbanding dengan kombinasi hormon lain, seperti 2.0mg/1 BA. Akan tetapi, semakin tinggi kepekatan BA, semakin lama sel somatik diaruhkan. Kontaminasi amat mengganggu kerja pengkulturan dan mengambil masa yang lama untuk mengatasi masalah tersebut. UMS

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sel somatik, somaklonal
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 09 May 2013 13:15
Last Modified: 13 Oct 2017 17:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5905

Actions (login required)

View Item View Item