Kecenderungan rasa dalam kalangan Bugis di daerah Tawau,Sabah

Noor Izzahtul Haziqah Acho (2011) Kecenderungan rasa dalam kalangan Bugis di daerah Tawau,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001013.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaitan aras ambang rasa panel dengan perbezaan umur dan jantina dalam kalangan suku kaum Bugis di daerah Tawau, Sabah. Selain itu, aras ambang rasa pengenalan bagi suku kaum Bugis juga turut dikaji. Terdapat lima jenis rasa yang berbeza iaitu masin, masam, pahit, umami, dan manis telah ditentukan. Aras ambang rasa telah ditentukan dan didapati bahawa aras ambang kumpulan bagi rasa masin ialah 0.05003%, rasa masam ialah 0.01048%, rasa pahit ialah 0.005288%, rasa umami ialah 0.007471% dan rasa manis ialah 0.123%. Seterusnya, keputusan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang bererti (p < 0.05) antara jantina ahli panel bagi rasa umami dan manis manakala terdapat perbezaan yang bererti (p <0.05) antara kelas umur bagi rasa masin dan masam. Peringkat seterusnya ialah dengan mengkaji penentuan kecenderungan rasa panel dengan peningkatan umur dan jantina dalam kalangan Bugis. Berdasarkan keputusan, didapati bahawa terdapat perbezaan yang bererti (p< 0.05) bagi darjah kesukaan ahli panel terhadap rasa masam, pahit dan manis, manakala terdapat perbezaan yang bererti (p < 0.05) bagi darjah kesukaan ahli panel mengikut kelas umur yang berbeza iaitu rasa masam, umami, dan manis. Secara kesimpulannya, walaupun suku kaum dan budaya adalah sama, namun perbezaan nilai ambang rasa dan kecenderungan rasa tetap wujud berdasarkan kepada faktor jantina. Faktor umur juga mempengaruhi perbezaan ambang rasa dan kecenderungan rasa ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Bugis, taste threshold, Tawau, Sabah
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 May 2013 10:23
Last Modified: 13 Oct 2017 16:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5989

Actions (login required)

View Item View Item