Perbezaan Jantina dalam memberi pendapat dan pengamalan diet yang sihat

Jacqueline Joana Anak Stanley Sating (2010) Perbezaan Jantina dalam memberi pendapat dan pengamalan diet yang sihat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001024.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan bertujuan untuk mengkaji perbezaan jantina dalam pengamalan diet yang sihat yang merangkumi pengenalpastian perbezaan jantina dalam pendapat isu-isu pemakanan, menilai pengambilan jenis makanan mengikut taraf sosioekonomi dan pengetahuan diet yang sihat. Kajian ini telah dijalankan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu, Sabah yang menggunakan sampel sebanyak 384 orang responden yang terdiri daripada golongan dewasa berumur 20 hingga 30 tahun. Borang soal selidik yang mengandungi 39 soalan, dibahagikan kepada empat bahagian, digunakan untuk menilai taburan demografik, pengetahuan pemakanan, amalan pemakanan dan pendapat isu-isu pemakanan. Borang Soal Selidik Kekerapan Makanan Semi Kuantitatif mengandungi 126 jenis makanan digunakan bagi menilai pengambilan jenis makanan untuk menentukan corak pemakanan populasi yang dikaji. Keputusan kajian mendapati majoriti responden mempunyai berat badan yang normal mengikut Indeks Jisim Tubuh. Tiada perbezaan signifikan antara jantina dalam pendapat isu-isu pemakanan (p>0.05). Lelaki mempunyai pengambilan makanan yang lebih tinggi berbanding wanita. Lelaki berpendapatan rendah, tinggal di luar bandar dan mempunyai tahap pendidikan menengah menunjukkan variasi dalam pengambilan jenis makanan, manakala, wanita berpendidikan tinggi, tinggal di bandar dan mempunyai tahap pendidikan menengah menunjukkan variasi dalam pengambilan jenis makanan. Wanita mempunyai pengetahuan pemakanan yang lebih tinggi berbanding lelaki. Secara keseluruhannya, wujud perbezaan jantina dalam pendapat isu-isu pemakanan, pengambilan jenis makanan mengikut taraf sosioekonomi dan pengetahuan diet yang sihat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: gender, opinion, healthy diet, food choice, Kota Kinabalu
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 May 2013 11:01
Last Modified: 13 Oct 2017 16:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6007

Actions (login required)

View Item View Item