Penyediaan serbuk serabut diet daripada kulit limau bali

Choo, Chua Kuen (2011) Penyediaan serbuk serabut diet daripada kulit limau bali. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001030.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menentukan kandungan serabut diet dalam bahagian kulit limau bali yang berbeza dan mengenalpasti kesan penceluran, kaedah pengeringan dan saiz serbuk ke atas sifat-sifat berfungsi serbuk kulit limau bali. Rekabentuk Faktorial 2x2x2 melibatkan pembolehubah bahagian kulit (albedo atau flavedo dan albedo), kesan penceluran (celur atau tidak celur) dan kaedah pengeringan (ketuhar udara panas atau ketuhar vakum) digunakan dalam kajian ini. Kandungan kelembapan, abu, lemak, protein, sera but diet larut (SDF), serabut diet tidak larut (IDF) dan jumlah serabut diet (TDF) ditentukan berdasarkan kaedah piawai AOAC. Serbuk serabut diet hasilan bahagian kulit albedo mempunyai kandungan serabut diet, keupayaan mengembang dan keupayaan tampung air yang lebih tinggi daripada bahagian kulit flavedo dan albedo (p<0.05). Penceluran didapati meningkatkan kandungan abu, serabut diet, keupayaan mengembang dan keupayaan tampung air dan mengurangkan pemerangan, nisbah IDF:SDF serta kiraan TPC dan kiraan yis dan kulat secara signifikan (p<0.05). Manakala pengeringan vakum menghasilkan serbuk serabut diet yang tinggi keupayaan mengembang dan keupayaan tampung air (p<0.05). Saiz serbuk 180-250µm mempunyai keupayaan mengembang, keupayaan tampung air dan keupayaan tampung minyak yang lebih tinggi daripada serbuk bersaiz <180µm (p<0.05). Kesan interaksi antara penceluran dan kaedah pengeringan ke atas ciri-ciri serbuk serabut diet juga dapat diperhatikan melalui kajian ini. Serbuk serabut diet hasilan bahagian albedo yang disediakan dengan penceluran dan pengeringan vakum mempunyai kandungan serabut diet yang setinggi 77.20%, serta keupayaan mengembang, keupayaan tampung air dan keupayaan tampung minyak yang paling tinggi antara semua sampel (p<0.5).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: pomelo peel, dietary fiber powder,drying method
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 May 2013 13:03
Last Modified: 13 Oct 2017 17:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6052

Actions (login required)

View Item View Item