Pembangunan produk marshmallow roselle

Haziq Hashim (2011) Pembangunan produk marshmallow roselle. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001032.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk membangunan gula-gula marshmallow menggunakan ekstrak semulajadi daripada roselle. Kajian awal dilakukan dengan menyediakan 8 formulasi yang berbeza dengan mengubah kandungan kepekatan ekstrak. Tiga formulasi telah dipilih melalui ujian pemeringkatan iaitu formulasi F3 (4.26±1.02), F5 (4.31±1.25) dan F8 (3.57±1.10). Formulasi F8 dipilih daripada ujian hedonik dengan formulasi yang terdiri daripada 21% ekstrak roselle, 46% gula, 2% gelatin, 19% sirap glukosa, 8% putih telur dan 6% air. Hasil daripada analisis proksimat mendapati marhmallow roselle mengandungi 0.03±0.01% lemak, 18.40±0.38% kandungan lembapan, 77.55±0.01% karbohidrat, 3.05±0.12% protein, 0.97±0.58% abu dan 0.00±0.01% serabut kasar. Ujian fizikokimia juga dijalankan, hasil daripada ujian didapati marshmallow roselle mempunyai pH diantara 6.08 hingga 6.24. Jumlah kandungan briks pula adalah sebanyak 750 briks dan ujian kekenyalan menunjukkan tenaga bagi kekenyalan produk adalah sebanyak 98 gram. Ujian penyimpanan juga diadakan dengan menyimpan produk pada suhu 19°C±3. Ujian mikrobiologi mengesahkan bahawa produk masih selamat dimakan dengan bacaan PCA sebanyak 1.00x101 dan PDA sebanyak 1.00x101 pada minggu ke 6. Ujian perbandingan berganda juga diadakan dengan keputusan terdapat perubahan dalam attribut warna, kekenyalan dan keseluruhan. Bagi ujian pengguna didapati sebanyak 97% pengguna menyukai produk marshmallow roselle ini dan hanya 3% tidak menyukai produk ini. Daripada ujian didapati sebanyak 97% pengguna akan membeli produk ini jika terdapat di pasaran. Secara kesimpulannya hasil kajian yang telah dibangunkan telah berjaya dan dijangka mempunyai potensi yang baik bagi pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: marshmallow roselle, roselle extract, candy
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 May 2013 16:22
Last Modified: 13 Oct 2017 17:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6054

Actions (login required)

View Item View Item