Keberkesanan penggunaan cakera padat interaktif dalam tajuk pelan dan dongakan konsep unjuran ortogon mata pelajaran Matematik tingkatan 5

Noraini Lapawi (2011) Keberkesanan penggunaan cakera padat interaktif dalam tajuk pelan dan dongakan konsep unjuran ortogon mata pelajaran Matematik tingkatan 5. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001034.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Cakera Padat interaktif sebagai alat bantu mengajar untuk mengukur prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Lima bagi konsep Unjuran Ortogon dalam topic Pelan dan Dongakan. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Negeri Sabah. Penggunaan CD interaktif merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pendekatan kajian berbentuk kuasi-eksperimen iaitu menggunakan ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan bagi melihat tindak balas responden terhadap kajian ini. Data-data yang bakal diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 15.0 (SPSS). Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan pengukuran frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t pada tahap keertian p<0.05. Keputusan yang diperoleh menunjukkan penggunaan CD interaktif dapat menarik minat pelajar dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: cd interactive, orthogonal projection, mathematics form five
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 May 2013 13:05
Last Modified: 13 Oct 2017 17:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6061

Actions (login required)

View Item View Item