Pembangunan aiskrim daripada buah bambangan

Farah Hidayah Raisin (2011) Pembangunan aiskrim daripada buah bambangan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001035.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan pembangunan aiskrim daripada buah bambangan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan satu formulasi aiskrim bambangan yang terbaik melalui ujian sensori yang dijalankan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kandungan nutrisi yang terdapat didalam aiskrim bambangan ini melalui analisis proksimat yang dijalankan dan jangka hayat mutu simpanan aiskrim ini melalui ujian mikrobiologi. Kaedah pemprosesan aiskrim bambangan yang dijalankan adalah menggunakan kaedah biasa untuk menghasilkan aiskrim iaitu dengan menggunakan susu, krim dan telur. Keputusan ujian analisis ANOVA satu hala menunjukkan bahawa formulasi tiga yang mengandungi 30% puri bambangan, 35% krim, 15% gula, 20% susu segar, 6% telur, 3% guar gum dan 1% esen vanilla telah terpilih sebagai formulasi terbaik antara enam formulasi yang lain. Formulasi tiga ini menunjukkan perbezaan yang signifikan (p < 0.05) dari segi atribut warna, rasa bambangan, kelicinan (tekstur), kemanisan, aroma dan peneriman keseluruhan dengan formulasi yang lain. Keputusan analisis proksimat menunjukkan bahawa formulasi tiga ini mengandungi 63.06% lembapan, 0.23% kandungan abu, 7.1% kandungan protein, 12.4% kandungan karbohidrat, 16.43% kandungan lemak dan 0.78% kandungan serabut kasar. Ujian mikrobiologi yang dijalankan menunjukkan pertumbuhan bakteria, yis dan kulat adalah konsisten di mana tiada perubahan yang ketara selama lapan minggu penyimpanan. Purata pertumbuhan bakteria adalah 1.14 x 105 Cfu/ml dan purata pertumbuhan kulat pula adalah 1.94 x 105 Cfu/ml. Ujian pengguna pula menunjukkan maklum balas yang positif di mana sebanyak 99% menyatakan akan membeli aiskrim ini dan hanya 1% sahaja yang tidak akan membeli sekiranya dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: ice-cream, bambangan,product
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 May 2013 08:55
Last Modified: 13 Oct 2017 17:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6062

Actions (login required)

View Item View Item