Sikap dan pengetahuan dalam keselamatan makanan: Impak persekitaran dan budaya terhadap penjaja di Kota Kinabalu, Sabah.

Hemalatha Ulakanathan (2011) Sikap dan pengetahuan dalam keselamatan makanan: Impak persekitaran dan budaya terhadap penjaja di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001050.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penjaja memainkan peranan utama dalam mencegah penyakit bawaan makanan semasa menyajikan makanan yang selamat. Kajian ini dilakukan semasa menentukan impak budaya dan persekitaran ke atas pengetahuan dan sikap penjaja ke arah keselamatan makanan. Seramai 182 penjaja di Kota Kinabalu (KK) ditemuduga secara temuramah berstruktur. Tahap signifikan untuk ujian hipotsis adalah p < 0.05. Hipotesis kajian adalah terdapat hubungan antara pengetahuan dan sikap penjaja, terhadap impak persekitaran, budaya dan tahap pendidikan keatas pengetahuan dan sikap penjaja. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan penjaja adalah baik kerana majoritinya mendapat skor dalam 70-89. Seramai 44 (89.9%) penjaja yang berbangsa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang baik antara skor (50 - 100%) berbanding penjaja bangsa lain. Untuk bahagian sikap, semua responden yang berbangsa Kadazan, Bajau, lban dan Bidayuh mempunyai tahap sikap antara skor markah (50 - 100%) berbanding penjaja bangsa lain. Bagi kawasan kajian, seramai 113 (86.2%) penjaja mempunyai tahap pengetahuan yang baik antara skor (50 - 100%) yang mendirikan permis mereka di pasar malam/pagi berbanding penjaja permis yang lain. Untuk bahagian sikap, seramai 129 (99.2%) penjaja mempunyai tahap sikap yang baik antara skor (50 - 100%) yang mendirikan permis mereka dipasar malam/pagi berbanding penjaja permis yang lain.Tahap pengetahuan penjaja berkolerasi positif dengan sikap penjaja terhadap keselamatan makanan (r5=0.876, p=0.000). Daripada ujian Khi Kuasa Dua, didapati bahawa terdapat perhubungan antara pengetahuan dengan budaya (bangsa) dan tahap pendidikan (p<0.05). Untuk bahagian sikap penjaja, terdapat hubungan antara sikap dengan persekitaran Genis permis) penjaja (p<0.05). Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan dan tahap sikap penjaja di Kota Kinabalu, Sabah adalah baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: food safety, hawker, attitude
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 May 2013 09:25
Last Modified: 13 Oct 2017 17:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6118

Actions (login required)

View Item View Item