Tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengusaha kantin-kantin sekolah kerajaan di sekitar Kota Kinabalu

Peck, Sook Ping (2003) Tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengusaha kantin-kantin sekolah kerajaan di sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001097.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai lahap pengetahuan, sikap dan amalan pengusaha kantin sekolah di sekitar Kola Kinabalu. Sebanyak 56 premis yang dibahagi kepada 10 zon di sekitar Kota Kinabalu telah ditinjau dengan menggunakan soalan soal-selidik yang disediakan. Soalan yang merangkumi pengetahuan dan cara pengendalian makanan yang bermula dari penerimaan bahan mentah, penyediaan makanan dan amalan memasak akan dikemukakan. Pemerhatian juga akan dilakukan ke atas kebersihan personel pengendali makanan dalam premis. Inspeksi dilakukan ke atas premis kantin untuk mendapat gambaran yang lebih mendalam terhadap keadaan kebersihan premis yang sebenar. Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara tahap pengetahuan dan amalan kebcrsihall pengusaha (X2 = 22.56, p<0.05). Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa semakin banyak bilangan pekerja sernakin lambat pekerja mengendalikan bahan mentah yang mempunyai risiko tinggi seperti ikan, ayam dan daging. Mereka membiarkan bahan mentah pada suhu bilik sebelum disimpan atau disediakan. Terdapat 89.3% daripada jumlah respoden sudah menghadiri kepada Kursus Pengendalian Makanan dan kebanyakan respoden adalah berpendidikan sekolah rendah. Hasil kajian menunjukkan 66.0% daripada respoden masih tidak akan memeriksa fungsi peti peti sejuk dan 33.9% masih menyimpan makanan mentah bersama dengan makanan yang sudah dirnasak sedangkan amalan sebegini yang seringkali mengakibatkan pencemaran silang. Lebih daripada 50% pengusaha kantin tidak akan melakukan pemanasan semula ke atas makanan yang dijual lebih daripada 4 jam dan hanya 3.5% daripada prernis yang menggunakan kabinet pemanas dalam premis. Kajian juga menunjukan 98.8% pekerja dalam premis tidak-memakai apron dan topi serna sa pengendalian rnakanan dan tiada seorang pun yang memakai kasut kalis air di dapur. Semua premis kantin juga menghadapi masalah serangga perosak terutama lipas dan lalat. Keadaan menjadi lebih curiga apabila didapati 38% daripada jumlah respoden tidak mengambil sebarang langkah dalam mengawal keadaan ini. Ujian Chi Ganda Dua dan Crosstab telah digunakan untuk menguji hubungan antara sikap dan arnalan semasa mengendali makanan. Penemuan dalam kajian ini boleh memberi idea kepada pihak berkuasa untuk merancang program latihan yang dapat memperbaiki tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengendali makanan. Penilaian semula terhadap program latihan dapat dilakukan berdasarkan penemuan yang diperolehi daripada tinjauan. Lantaran itu, kadar morbiliti dan mortaliti bagi penyakit bawaan makanan dapat dikurangkan dalam sektor industri perkhimatan makanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: canteen caterer, attitude, health education, government school, food service
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Jun 2013 14:31
Last Modified: 16 Oct 2017 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6217

Actions (login required)

View Item View Item