Pengaplikasian perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi pembelajaran kosa kata murid bermasalah pendengaran

Lajiwin Kudun @ Jovinia (2008) Pengaplikasian perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi pembelajaran kosa kata murid bermasalah pendengaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000123.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan pencapaian kosa kata murid bermasalah pendengaran sebelum dan selepas mereka menggunakan perisian PPBK yang dibina untuk mereka. Reka bentuk yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif yang berasaskan reka bentuk kuasi-eksperimen. Kajian ini dijalankan selama 12 minggu di sekolah yang melaksanakan program integrasi untuk murid bermasalah pendengaran di negeri Sabah. Seramai 30 orang murid bermasalah pendengaran dipilih daripada kelas tingkatan satu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pencapaian Kosa Kata. Ujian-t pula digunakan untuk membandingkan skor min praujian dengan skor min pascaujian bagi kedua-dua aspek yang dikaji iaitu ketepatan ejaan dan makna perkataan. Aras signifikan 0.05 telah digunakan untuk menolak atau menerima hipotesis yang telah dibentuk. Selain itu, kaedah temu bual berstruktur juga digunakan bagi tujuan menjelaskan data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min praujian dengan skor min pascaujian dalam kedua-dua aspek yang dikaji. Kesimpulannya, perisian PPBK ini boleh diguna pakai bagi murid bermasalah pendengaran yang terlibat dalam kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: hearing disability, vocabulary achievement, PPBK software, deaf
Subjects: ?? QA76 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Jun 2013 14:32
Last Modified: 06 Oct 2017 16:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6224

Actions (login required)

View Item View Item