Kubus kean: Variasi kubus rubik

Woo, Chee Kean (2007) Kubus kean: Variasi kubus rubik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001121.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kubus Kean merupakan satu variasi bagi Kubus Rubik. Kubus Rubik adalah dibentuk oleh enam muka segiempat ajaib 3 x 3. Maka ia berbeza daripada Kubus Rubik yang dibentuk oleh enarn muka warna yang berlainan. Disebabkan terdapat lapan jenis segiempat ajaib 3 x 3 yang berlainan jika termasuk putaran dan pantulan, maka wujud banyak corak peyusunan bagi Kubus Kean 3 x 3 x 3 apabila menyusun lapan jenis segi empat ajaib 3 x 3 ke atas enarn muka bagi Kubus Kean 3 x 3 x 3. Kajian ini mengkaji sarna ada tahap kesukaran bagi kedua-dua kubus ini adalah sarna atau berbeza, dan juga menentukan sarna ada Kubus Kean 3 x 3 x 3 lebih senang diselesaikan atau lebih sukar diselesaikan jika dibandingkan dengan Kubus Rubik 3 x 3 x 3. Kubus Kean 3 x 3 x 3 didapati mempunyai bilangan pilih atur yang lebih tinggi berbanding Kubus Rubik 3 x 3 x 3. Ini disebabkan bilangan pilih atur bagi Kubus Rubik 3 x 3 x 3 adalah 4.3 x 1019 , tetapi jika meletakkan tanda di atas setiap muka Kubus Rubik 3 x 3 x 3, seperti reka bentuk Kubus Kean 3 x 3 x 3, maka bilangan pilih atur meningkat daripada 4.3 x 1019 kepada 8.9x1022. Kubus Kean 3x3x3 dan Kubus Rubik 3x3x3 juga dibandingkan melalui masa dan bilangan putaran yang diperlukan untuk menyelesaikan kedua-dua kubus itu. Hasil daripada peningkatan bilangan pilih atur, masa dan bilangan putaran yang diperJukan untuk menyelesaikan Kubus Kean 3 x 3 x 3 lebih banyak jika dibandingkan dengan Kubus Rubik 3 x 3 x 3.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: kean's cube, rubik's cube, variation, number of permutation
Subjects: ?? QA75 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jun 2013 13:05
Last Modified: 16 Oct 2017 14:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6269

Actions (login required)

View Item View Item