Analisis faktor demografik pesakit leukemia di hospital Queen Elizabeth, Sabah

Ling, Kah Tsaan (2007) Analisis faktor demografik pesakit leukemia di hospital Queen Elizabeth, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001126.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara faktor-faktor demograftk bagi pesakit leukemia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Data terdiri daripada 670 pesakit leukemia yang dilaporkan dan direkod di Hospital Queen Elizabeth dari tahun 2000 hingga tahun 2005. Data yang terlibat adalah merupakan data jenis kualitatif seperti umur, jantina, bangsa, status kematian dan jenis-jenis penyakit leukemia yang didiagnos. Ujian ketaksandaran kbi-kuasa dua digunakan untuk menganalisis hubungan di antara faktorfaktor demografik, status kematian dan jenis-jenis penyakit leukemia. Berdasarkan ujian ketaksandaran khi-kuasa dua, didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara umur pesakit terhadap jantina pesakit, bangsa pesakit, status kematian dan jenis-jenis penyakit leukemia. Ini menunjukkan bahawa faktor kumpulan umur merupakan faktor bagi menentukan jenis penyakit leukemia. Dalam kajian ini, kadar kejadian digunakan untuk mengukur kemungkinan seseorang manusia sihat akan mendapat penyakit leukemia dalam satu tahun iaitu dari tahun 2000 hingga tahun 2005. Pada tahun 2005 menunjukkan kadar yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.3 per seratus ribu orang menghidapi penyakit leukemia. Daripada kajian menunjukkan bahawa kadar kejadian penyakit leukemia adalah semakin meningkat dari tahun 2000 hingga 2005.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: demographic, leukemia, age, gender, ethnics, status of mortality
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps
R Medicine > R Medicine (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Jun 2013 10:02
Last Modified: 23 Oct 2017 11:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6282

Actions (login required)

View Item View Item