Kajian sifat fizikokimia terhadap minyak dedak beras MR159 dan TQR2 di Sabah hasil penstabilan penyejukan dan gelombang mikro

Chaw, Siew Wen (2010) Kajian sifat fizikokimia terhadap minyak dedak beras MR159 dan TQR2 di Sabah hasil penstabilan penyejukan dan gelombang mikro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001143.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Dua jenis varieti dedak beras (oryza sativa) di Sabah iaitu MR159 dan TQR2 telah dikaji. Dedak beras distabilkan dengan menggunakan kaedah gelombang rnikro dan penyejukan untuk rnenyahaktifkan aktiviti lipase. Pengekstrakan minyak daripada dedak beras dilakukan dengan menggunakan kaedah Soxhlet dan pelarut hexana. Nilai peratusan minyak kasar yang diperolehi adalah masing-masing 17.73%, 18.00%, 20.00% dan 19.73% untuk dedak beras spesis MR159 yang distabilkan dengan ketuhar gelombang mikro dan penyejukan serta dedak beras spesis TQR2 yang distabilkan dengan ketuhar gelombang rnikro dan penyejukan. Analisis menunjukkan bahawa dedak beras spesis TQR2 menghasilkan lebih minyak daripada dedak beras spesls MR159 yang dirawat dengan kaedah sarna. Walau bagaimanapu, kaedah penstabilan yang berlainan tidak memberl kesan ke atas kuantiti minyak yang dapat diestrak. Minyak kasar yang terhasil itu mengalami penapisan sebelum ujian-ujian fizikokimia dilakukan. Minyak dedak beras spesis MR159 menunjukkan nilai peroksida dan nilai asid lemak bebas yang lebih rendah daripada minyak dedak beras spesis TQR2 yang dirawat dengan kaedah sama. Selain itu, dedak beras yang distabilkan dengan ketuhar gelombang mikro juga mempunyai nilai asid lemak bebas dan nilai peroksida yang lebih rendah daripada dedak beras yang dirawat secara penyejukan. Spesis dedak beras dan kaedah penstabilan yang berlainan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam nilai iodin (69.6-70.7), nilai indeks biasan (1.4606-1.4649) dan titik asap (201.7-203.3°C) antara minyak dedak beras yand dikaji. Analisis ini menunjukkan bahawa minyak dedak beras spesis MR159 adalah lebih rintang terhadap pengoksidaan dan kaedah penstabilan yang menggunakan ketuhar gelombang mikro adalah lebih efektif dalam penstabilan dedak beras daripada kaedah penyejukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: rice bran oil, oryza sativa, fatty acid, peroxide, refine oil, bran stabilization, refrigeration
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Jun 2013 15:19
Last Modified: 23 Oct 2017 12:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6315

Actions (login required)

View Item View Item