Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain di kawasan daerah Keningau, Sabah

Muhammad Akmal Abd Sail (2007) Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain di kawasan daerah Keningau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000328.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian pemetaan geologi kejuruteraan terain bagi kawasan Daerah Keningau adalah seluas 130km². Ia dibatasi oleh garis lintang 05°19'U hingga 05°24'U dan garis bujur 116°05'T hingga 116°13'T. Batuan di kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker merupakan endapan jenis "Flysch" yang berusia di antara Eosen hingga Awal Miosen dan aluvium. Formasi Crocker terdiri daripada dua unit batuan utama iaitu batu pasir dan batu lumpur/syal yang berselang-lapis secara sekata. Siri stratigrafi sedimen bagi Formasi Crocker di kawasan kajian boleh dikategorikan kepada empat unit litologi batuan iaitu unit batu pasir tebal, selang-lapis batu pasir dengan syal, unit syal kelabu, dan unit syal merah. Endapan Aluvium Kuaternari merupakan dataran sedimen yang masih mud a dan mendatar. Ia terbentuk daripada dataran tasik yang berusia Holosen meliputi hampir keseluruhan kawasan dataran tanah rata yang terdapat di kawasan kajian. Kaedah pemetaan geologi terain melibatkan pengelasan terhadap sesuatu zon itu berdasarkan lima atribut utama, iaitu kecuraman cerun, kod terain, kod aktiviti, hakisan dan ketakstabilan serta jenis tutupan tumbuhan. Melalui ana1isis ke atas peta kesesuaian bagi kawasan pembangunan dikenalpasti bahawa Kelas I yang ditakrifKan sebagai kawasan paling sesuai untuk dibangunkan merangkumi 55% daripada kawasan kajian diikuti oleh kelas II sebanyak 30%, Kelas III dengan anggaran 10%, dan kelas IV dengan hanya sejumlah 5% daripada keseluruhan kawasan kajian. Hal demikian disebabkan oleh kebanyakan kawasan memiliki permukaan terain yang rata dengan kecuraman cerun sekitar 0°-5°, terutama di kawasan sekitar Pekan Keningau dan jalan menghala ke Apin-apin.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Structure geology, Engineering geology, Terrain mapping, Keningau, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 24 Nov 2011 17:09
Last Modified: 12 Oct 2017 14:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/635

Actions (login required)

View Item View Item