Pembinaan satu sistem pengayun automatik

Siti Fatimah Yunus (2007) Pembinaan satu sistem pengayun automatik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001167.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Dalam projek ini, satu sistem pengayun automatik telah dibina dengan menggunakan motor pengelap cermin kereta dan litar sensor pergerakan. Tiga objektif telah dicadangkan untuk projek ini iaitu membina dan merekabentuk satu sistem pengayun, membina litar sensor pergerakan dan menguji sistem pengayun automatik yang dibina untuk mencirikannya. Untuk membinanya, lengan engkol yang terdapat pada hujung motor pengelap perlu di sambung dengan tali. Takal telah digunakan untuk membolehkan tali yang mengangkat beban turun dan naik. Sebuah litar sensor pergerakan yang dibina telah disambungkan kepada sistem pengayun tersebut untuk menjadikannya sebagai satu sistem yang automatik. IC 555 pada litar sensor pergerakan tersebut berfungsi sebagai pemasa untuk menetukan masa penundaan untuk litar sensor. Sistem pengayun automatik ini dapat dicirikan melalui beban yang boleh diangkat dan juga masa untuk proses penundaan dimana jumlah berat maksimum beban yang boleh diangkat oleh pengayun tersebut adalah 800 gram. Manakala untuk masa penundaan pula, jumlah masa minimum untuk pengayun automatik itu berayun adalah 8 saat dan jumlah maksimum untuk ia berayun adalah 60.9 saat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: automatic oscillator system, car wiper motor, movement sensor circuit, time of delay
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Jun 2013 12:10
Last Modified: 23 Oct 2017 12:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6407

Actions (login required)

View Item View Item