Keberkesanan penggunaan roda trigonometri dalam meningkatkan pencapaian pelajar tentang pencarian sudut

Lau, Ie Liing (2008) Keberkesanan penggunaan roda trigonometri dalam meningkatkan pencapaian pelajar tentang pencarian sudut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001187.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan model roda trigonometri dalam meningkatkan pencapaian pelajar terhadap pencarian sudut dalam trigonometri di sebuah sekolah menengah di daerah Sibu, Sarawak. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 52 orang pelajar tingkatan empat aliran sastera. Instrumen kajian merupakan model roda trigonometri, soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Penganalisisan data telah dilakukan dengan menggunakan ukuran peratusan, min dan ujian-t. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa min pencapaian ujian pra bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing tidak berbeza secara signifikan (t = 0.493, p>.05). Selepas rawatan dengan penggunaan model roda trigonometri dalam kumpulan rawatan, didapati bahawa min pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah berbeza secara signifikan (t = -2.140, p<.05). Responden telah memberikan pandangan positif terhadap penggunaan model roda trigonometri. Secara kesimpulan, penggunaan model roda trigonometri telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar berbanding dengan pengajaran secara konvensional. Penggunaan model roda trigonometri dicadangkan sebagai kaedah alternatif yang boleh memberikan kesan positif ke atas pembelajaran pelajar terhadap pencarian sudut dalam topik trigonometri II Matematik tingkatan empat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: model roda tigonometri, angle, mathematic, student performance
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 Jul 2013 15:42
Last Modified: 23 Oct 2017 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6454

Actions (login required)

View Item View Item