Penyebaran penyakit kaki, tangan dan mulut (Enteroviral Vesicular Stomatitis With Exanthem) di Sarawak dengan pemodelan SIR

Siti Zakiah Daud (2007) Penyebaran penyakit kaki, tangan dan mulut (Enteroviral Vesicular Stomatitis With Exanthem) di Sarawak dengan pemodelan SIR. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001199.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dibuat untuk memodelkan penyebaran penyakit berjangkit. Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) atau dalam istilah saintifik ialah Enteroviral Vesicular Stomatitis with Exanthem yang berlaku di Sarawak. Data diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Negeri Sarawak yang bermula 13 Mac 2006 hingga 26 September 2006. Kajian ini bertujuan untuk membina model matematik yang bersesuaian dengan penyebaran penyakit kaki, tangan dan mulut. Seterusnya kalkulator TI-92+ digunakan untuk memplotkan model tersebut. Penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Penyakit ini disebabkan oleh virus Coxsackie A16 dan virus Entero 71. Model SIR telah digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit ini dengan penggunaan kalkulator grafik TI-92+ untuk memplotkan graf. Daripada graf yang diperolehi, dapat dibuktikan bahawa model SIR boleh digunakan untuk memodelkan penyakit ini dan hasil kajian menunjukkan bahawa daripada graf yang diperoleh, nilai anggaran untuk kumpulan yang telah dijangkiti adalah hampir kepada data sebenar. Perbezaan di antara nilai anggaran daripada graf dengan nilai daripada data yang sebenar adalah merupakan ralat mutlak. Ralat mutlak dan ralat relatif bagi model SIR untuk penyebaran penyakit HFMD adalah dalam julat yang boleh diterima dalam pengiraan berangka iaitu 0 ≤ ε ≤ 5 x 10-3

Item Type: Academic Exercise
Keyword: hand, foot and mouth disease, SIR model, Enteroviral Vesicular Stomatitis with Exanthem, mathematical model, Coxsackie A16, Entero 71 virus
Subjects: ?? RA0421 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jul 2013 12:01
Last Modified: 23 Oct 2017 14:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6503

Actions (login required)

View Item View Item