Analisis kajian pengeluaran beras di negeri Sabah

Sheita P John (2006) Analisis kajian pengeluaran beras di negeri Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001217.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pembolehubah-pembolehubah yang dapat menerangkan amaun pengeluaran beras di negeri Sabah antara tahun 1987 sehingga tahun 2002. Model regresi linear berganda yang menerangkan corak pengeluaran beras di Sabah dibina bagi mewakili ketiga-tiga musim penanaman padi. Nilai bagi parameter-parameter yang terlibat dapat dicari seterusnya memudahkan pembinaan model regresi linear berganda dan juga model regresi linear ringkas. Ketiga-tiga model regresi linear berganda yang terbina adalah baik kerana setiap model mempunyai pekali korelasi yang amat tinggi kecuali model regresi untuk musim utama. Hasil kajian ini secara keseluruhannya telah menjawab objektif kajian dan dapat disimpulkan bahawa terdapatnya hubungan yang bererti di antara pembolehubah-pembolehubah tak bersandar iaitu keluasan tanaman dan pengeluaran padi dengan pembolehubah bersandar iaitu pengeluaran beras. Ini bermaksud, pengeluaran beras dapat diwakili oleh keluasan tanaman dan pengeluaran padi. Untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu, kaedah penghuraian bawah atas dicadangkan dan dengan penggunaan pakej Matlab.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: rice production, paddy plantation, Matlab package, season
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Jul 2013 13:26
Last Modified: 23 Oct 2017 15:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6549

Actions (login required)

View Item View Item