Projek pengkul turan rumpai laut (seaweed) dan cabarannya dalam kalangan komuniti nelayan miskin di Semporna, Sabah

Mizpal Ali (2011) Projek pengkul turan rumpai laut (seaweed) dan cabarannya dalam kalangan komuniti nelayan miskin di Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000188.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pengkulturan rumpai laut telah menjadi salah satu sumber pendapatan komuniti nelayan di daerah Semporna, serta menjadi bahan eksport Malaysia ke luar negara. Menyedari pentingnya bahan ini kepada komuniti nelayan dan sebagai hasil eksport negara, pihak jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia menjadikan pengkulturan rumpai laut sebagai salah satu projek untuk membasmi kemiskinan khususnya dikalangan komuniti nelayan di daerah Semporna. Tujuan penyelidikan ini mengkaji latar belakang projek pengkulturan rumpai laut. Selain itu, penyelidikan ini mengenal pasti masalah yang wujud dalam projek pengkulturan rumpai laut. Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan kualitatif. Walau bagaimanapun, pendekatan kuantitatif juga digunakan untuk menyokong data kualitatif. Kaedah kutipan data yang digunakan adalah pelbagai seperti tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik, pengamatan lansung, temubual dan data dari sumber dokumen. Kajian ini dilakukan keatas 6 kawasan yang melibatkan 209 responden di daerah Semporna. Hasil kajian mendapati kebanyakan para pengkultur mengalami masalah yang hampir sama dalam setiap zon. Masalah ini berpunca dari faktor alam sekitar seperti ribut angin monsun, pengurusan, sikap peserta projek dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa terus menyalurkan bantuan kepada para peserta projek demi membantu meningkatkan pendapatan keluarga dan keluar dari masalah kemiskinan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Algaculture, seaweed culturation, Monsoon storms, management complication, attitude of the participant, household income
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Jul 2013 10:29
Last Modified: 11 Oct 2017 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6591

Actions (login required)

View Item View Item