Amplifikasi PCR gen transkriptase berbalik retrovirus endogenus daripada ikan marin Sabah 3

Ahmad Amirul Azim Muhammad (2007) Amplifikasi PCR gen transkriptase berbalik retrovirus endogenus daripada ikan marin Sabah 3. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001233.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengamplifikasikan gen transkriptase berbalik (RT) endogenus retrovirus daripada ikan marin Sabah menggunakan teknik Tindakbalas Berantai Polimerase (PCR). Sejumlah 15 ekor ikan marin Sabah yang berlainan spesis telah digunakan dalam kajian ini. Daripada 15 sampel ikan ini, sebanyak sepuluh sampel ikan telah menunjukkan keputusan yang positif bagi pengekstrakan genomik DNA dengan menunjukkan saiz genomik yang dikehendaki iaitu melebihi 23 000 pasangan bes. Sepuluh sampel yang menunjukkan keputusan positif ini kemudiannya dijalankan Tindakbalas Berantai Polimerase (PCR) yang bertujuan untuk mengamplifikasikan gen transkriptase berbalik dengan penggunaan dua primer universal iaitu PRO (protease) dan RT (transkriptase berbalik) dengan purata kepekatan DNA adalah 124ng/µl. Sebanyak satu sampel telah memberikan keputusan yang positif dengan memberikan produk peR pada saiz yang di kehendaki iaitu 700 pasangan bes. Sampel yang positif ini kemudiannya dipotong daripada gel agarose dan dipurifikasikan daripada gel. Apabila sampel ini dianalisa dengan gel elektroforesis untuk kali kedua, didapati bahawa tiada jalur DNA yang dapat di kesan pada saiz yang dikehendaki. Difahami bahawa kegagalan untuk mendapatkan hasil PCR bagi gen transkriptase berbalik ini adalah disebabkan bilangan salinan endogenus retrovirus yang rendah pada ikan marin Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: retrovirus endogenous reverse, fish, Polymerase Chain Reaction (PCR), transcriptase gene (RT)
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Jul 2013 14:48
Last Modified: 23 Oct 2017 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6602

Actions (login required)

View Item View Item