Kualiti air Sungai Miri, Miri Sarawak (2000-2009) berdasarkan indeks kualiti air

Mohd Johan Jusoh (2011) Kualiti air Sungai Miri, Miri Sarawak (2000-2009) berdasarkan indeks kualiti air. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000198.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Air Sungai merupakan satu sumber asas yang penting dalam semua aspek kehidupan dan kesihatan manusia serta ekosistem. Pencemaran air bukan satu masalah baru kerana ia sering dikaitkan dengan urbanisasi dan pemodenan. Objektif utama kajian ini ialah mengira Indeks Kualiti Air (IKA) daripada data kualiti air dan melihat Pola Perubahan Tahunan bagi parameter DO, BOD, COD dan SS dari tahun 2000 sehingga 2009 (10 tahun) Sungai Miri, Sarawak serta mengkaji pengaruh jumlah taburan hujan tahunan terhadap nilai parameter DO, Indeks Kualiti Air (IKA) dan SS. Persampelan di ambil daripada dua stesen pemantauan kualiti air sungai iaitu stesen 1 dan stesen 2 dan frekuensi pencerapan data dibuat satu kali setiap bulan sepanjang tahun. Di dapati pola perubahan yang di tunjukkan dalam masa 10 tahun (2000 - 2009) bagi semua parameter adalah sangat signifikan kepada nilai BOD, COD dan SS yang naik mendadak tinggi pada 2008. Indeks Kualiti Air (IKA) pula menunjukkan Sungai Mid di kategorikan sebagai sungai yang tercemar dalam kelas ke III semenjak tahun 2000 sehingga 2009 dan tahap pencemaran dilihat semakin teruk. Hubungan korelasi yang tidak signifikan antara jumlah taburan hujan tahunan dengan nilai parameter DO, SS dan IKA menunjukkan nilai parameter ini tidak dipengaruhi oleh jumlah taburan hujan tersebut.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: water quality, Air Quality Index (WQI), total of annual rainfall, parameter
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jul 2013 14:39
Last Modified: 11 Oct 2017 15:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6610

Actions (login required)

View Item View Item