Geologi am dan kajian kestabilan cerun kawasan Pekan Nabalu-Bundu Tuhan (KM70-85), jalan raya Tamparuli-Sandakan, Sabah

Tan, Yin Chien (2007) Geologi am dan kajian kestabilan cerun kawasan Pekan Nabalu-Bundu Tuhan (KM70-85), jalan raya Tamparuli-Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000324.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sepanjang jalan raya dari Pekan Nabalu ke Kampung Bundu Tuhan iaitu kira-kira 70 km ke arah timur laut Bandar Kota Kinbalu. la dibatasi oleh garis lintang antara 05° 59'U hingga 06° 02'U dan garis bujur 116° 27'T hingga 116° 2'T. Objetif kajian ini ialah mengkaji aspek geologi. sifat fizikal tanah dan sirat kejuruteraan tanah dan batuan di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan Formasi Trusmadi. Formasi Crocker (Easen Lewat -Miosen Awal) terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal kerabu atau syal merah. Formasi Trusmadi (Palaeosen - Eosen) terdiri daripada argilit gelap dan batu pasir. Formasi ini telah mengalami metarnorfisme rantau akibat penindihan Fonnasi Crocker. Hasil daripada metamorfisme syal kelabu membentuk sub-filit. Kedua-dua Formasi ini adalah mewakili darjah lulubawayang tinggi dan berkuatan lemah serta mudah runtuh atau teramblesan terutamanya ketika musim hujan. Sobanyak 5 sampel tanah dan 5 sampel batuan telah dipilih dari 10 permukaan cerun-cerun tanah dan batuan yang mengalami kegagalan atau berpotensi berlaku kegagalan untuk kegunaan analsis Hasil daripada anal isis petrologi. mineral utama yang wujud di kawasan kajian adalah kuarza dan feldspar. Hasil daripada analisis menunjukkan kebanyakan tanah di kawasan kajian terdiri daripada lempung dan ladak dengan peratusan pasir hanya sedikit sahaja yang menjadi salah satu faktor kebanyakan kejadian tanah runtuh di kawasan kajian. Hasil ujian sifat kejuruteraan juga menunjukkan graviti tentu tanah-tanah di kawasan kajian bejulat antara 2.55 hingsa 2.86. Indeks keplastikan turut menunjukkan keplastikan tanah-tanah kawasan kajian berada pada tahap keplastikan antara sederhana dan rendah. Tanah-tanah di kawasan kajian secara keseluruhannya tidak kuat menahan daya mampatan dan mempunyai kebolehtelapan yang sangat rendah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Genaral geology, Structural geology, Town of Nabalu-Bundu Tuhan (KM70-85), Road Tamparuli-Sandakan, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 Nov 2011 17:26
Last Modified: 12 Oct 2017 14:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/665

Actions (login required)

View Item View Item