Penambahan maklumat pemakanan produk-produk makanan tertentu mengikut jenama ke dalam pangkalan data perisian Nutrical versi 1.01

Janice June (2005) Penambahan maklumat pemakanan produk-produk makanan tertentu mengikut jenama ke dalam pangkalan data perisian Nutrical versi 1.01. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001268.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk membaiki pangkalan data perisian NutriCal versi 1.01 dengan penambahan maklumat pemakanan produk-produk makanan tertentu mengikut jenama. Kajian ini juga dijalankan untuk membandingkan data yang sedia ada dengan data yang ditambah ke dalam pangkalan data NutriCal untuk mengetahui jika terdapat perbezaan yang bererti. Objektif terakhir kajian ini adalah untuk menunjukkan bahawa data yang ditambah ke dalam pangkalan data NutriCal adalah berguna. Maklumat pemakanan produk makanan telah didapati dari label makanan pruduk tersebut yang didapati daripada pasaraya di sekitar Kota Klnabalu. Sebanyak 50 responden ditemuramah untuk mendapatkan rekod diet 24 jam dan 100 responden telah diambil untuk mengetahui kekerapan pengambilan jenama tertentu. Maklumat pemakanan bagi empat nutrien yang utama iaitu tenaga, protein, karbohidrat dan lemak bagi 336 produk makanan mengikut jenama telah dimasukkan ke dalam pangkalan data NutriCal. Nilai untuk nutrien lain seperti kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, retinol, karotena, RE, Vitamin 81, Vitamin 82, niacin, vitamin E dan Vitamin D turut ditambah jika nilainya tercatat pada label makanan. Terdapat 14 kategori makanan mentah dan terproses dalam Nutrical dimana data maklumat pemakanan 336 produk makanan tersebut telah ditambah ke dalamnya. Pertambahan produk makanan yang terbanyak adalah ke dalam kategori bijirin dan hasilnya, diikuti dengan minuman, susu dan hasil tenusu dan daging dan hasil daging. Ujian Perbandingan Berganda telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang bererti (p<0.05) bagi retinol, kalsium dan ferum apabila pengambilan makanan responden dinalisis dengan mengunakkan pangkalan data NutriCal yang sedia ada dengan pangkalan data NutriCal yang telah ditambah. Ujian Diskriptif (Frekuensi) menunjukkan bahawa penggunaan setiap produk makanan mengikut jenama adalah pada kekerapan yang berbeza. Ujian Diskriptif (Frekuensi) juga menunjukkan bahawa responden memang menggunakan produk makanan yang telah ditambah ke dalam pangkalan data Nutrical. Dengan ini, pangkalan data NutriCal yang telah dibaiki dapat digunakkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: database, NutriCal version 1.01, nutrition information, food product, brand
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Aug 2013 10:17
Last Modified: 23 Oct 2017 15:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6731

Actions (login required)

View Item View Item