Persepsi pengguna terhadap makanan organik di Kota Kinabalu

Noor Amalina Jamil (2010) Persepsi pengguna terhadap makanan organik di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000289.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian Ini bertujuan untuk mengkaji persepsi dan tahap pengetahuan pengguna terhadap produk makanan organik di Bandaraya Kota Kinabalu, menentukan samaada jantina, umur, tahap pendidikan dan pendapatan bulanan isi rumah mempengaruhi faktor pembelian makanan organik oleh pengguna, dan menentukan kesanggupan pengguna untuk membayar harga produk makanan organik lebih tinggi berbanding produk makanan konvensional. Borang soal selidik diedarkan di empat buah kompleks beli belah di Kota Kinabalu dan seramai 350 orang responden telah mengambil bahagian. Borang soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu maklumat demografi, pengetahuan tentang makanan organik, faktor-faktor pembelian makanan organik dan persepsi terhadap makanan organik. Hasil ujian deskriptif menunjukkan persepsi majoriti responden bersetuju bahawa makanan organik adalah lebih menyihatkan kerana tiada sisa racun perosak (89.4%), lebih mesra alam sekitar (84.5%), lebih mahal berbanding makanan konvensional (59.4%) dan lebih berkualiti (62.0%). Majoriti pengguna mempunyai pengetahuan tentang makanan organik. Peratusan skor tetinggi adalah skor baik dengan 48.9%. Ujian khi-kuasa dua menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara jantina (x2=40.131, df=7, p=O.OOO), umur (x2=118.117, df=35, p=O.OOO), tahap pendidikan (x2=93.574, df=21, p=O.OOO) dan pendapatan bulanan (x2=93.574, df=21, p=O.OOO) dengan penerimaan terhadap makanan organik. 57.4% responden menyatakan tidak sanggup untuk membayar lebih bagi mendapatkan makanan organik. Kesimpulannya, majoriti responden mempunyai pengetahuan di tahap yang baik tentang makanan organik dan persepsi keseluruhan pengguna terhadap makanan organik adalah baik tetapi masih ramai pengguna tidak sanggup untuk membelanjakan lebih wang bagi mendapatkan produk makanan organik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Organic food, Consumer perception and knowledge, Healthy food
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Nov 2011 16:58
Last Modified: 12 Oct 2017 14:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/679

Actions (login required)

View Item View Item