Tabiat makanan dan kepercayaan terhadap makanan yang dituntutkan sebagai memberikan kebaikan kesihatan bagi kaum Cina

Cheng, Chuen Wei (2005) Tabiat makanan dan kepercayaan terhadap makanan yang dituntutkan sebagai memberikan kebaikan kesihatan bagi kaum Cina. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001292.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan di Sabah iaitu di kawasan Likas, Damai, Lintas dan Luyang untuk mengkaji tabiat makanan dan kepercayaan terhadap makanan bagi 400 (358 perempuan, 142 lelaki) penduduk Cina Malaysia. Pengambilan nutrien didapati melalui diari makanan dengan merekod untuk dua hari tidak berturut dan kepercayaan terhadap makanan yang dituntutkan sebagai memberikan kebaikan kesihatan didapati melalui temubual responden menggunakan jenis soalan tertutup. Pengambilan tenaga untuk kedua-dua jantina (358 perempuan, 124 lelaki) yang mempunyai kepercayaan terhadap makanan adalah sangat rendah berbanding dengan RDA Malaysia. Min pengambilan tenaga juga menurun dengan peningkatan umur. Keputusan menunjukkan bahawa min pengambilan tenaga bagi responden lelaki ialah 1685.83 ± 280.55 kcal dan responden perempuan ialah 1268.34 ± 242.19 kcal. Keputusan bagi ujian-t dua sample bebas menunjukkan bahawa min pengambilan nutrien untuk tenaga, protein, lemak, fosfat dan kalium mempunyai perbezaan signifikan antara responden yang ada dan tidak ada memegang kepercayaan terhadap makanan yang dituntutkan sebagai memberikan kebaikan kesihatan. Tiga jenis makanan utama yang paling dipercayai oleh responden mempunyai kebaikan kesihatan tertentu ialah angelicae sinensis radix, lycii fructus dan phaseoli semen. Ujian Chi-square menunjukkan bahawa perkaitan yang signifikan wujud antara kepercayaan terhadap makanan dan amalan tabiat makanan tersebut (P=0.004). Responden yang mempunyai kepercayaan tertentu terhadap makanan akan mengambil makanan tertentu apabila mereka jatuh sakit (P=0.005). Responden telah mendapat maklumat tentang beberapa jenis herba yang diperolehi daripada pembuktian saintifik (P=0.005) dan merujuk tabib Cina (P=0.001). Kesimpulannya, kebanyakan responden memegang kepercayaan terhadap makanan tertentu yang dituntutkan sebagai memberikan kebaikan kesihatan tetapi tidak semestinya diamalkan dalam diet seharian mereka.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: food habit, food belief, gender, Malaysian Chinese resident, health benefit, daily diet
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Aug 2013 12:49
Last Modified: 23 Oct 2017 15:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6839

Actions (login required)

View Item View Item