Kadar infestasi ektoparasit pada tikus di Pulau Gaya

Charles Judah (2007) Kadar infestasi ektoparasit pada tikus di Pulau Gaya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001299.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kadar infestasi ektoparasit pada tikus telah dijalankan pada 30 November 2006 sehingga 6 Disember 2006 di Pulau Gaya yang melibatkan tiga lokasi kawasan iaitu hutan berbukit, hutan belukar dan hutan paya bakau. Sebanyak 21 ekor tikus berjaya ditangkap yang terdiri daripada 4 spesies iaitu Sundamys muelleri, Maxomys rajah, Rattus rattus dan Rattus exulans. Kesemua 21 ekor tikus menunjukkan peratusan infestasi ektoparasit 100%. Tungau, sengkenit dan kutu dikenalpasti sebagai tiga kumpulan ektoparasit yang terlibat dalam infestasi kesemua spesies tikus. Tungau mencatatkan infestasi 100% bagi kesemua individu tikus. Kajian mendapati bahawa Echinolalelaps sp. adalah ektoparasit dominan yang menginfestasi kesemua tikus. Analisis statistik ANOV A membuktikan bahawa tiada perbezaan signiftkan di antara bilangan ektoparasit per tikus di antara spesies-spesies tikus ( P> 0.05) dan tiada juga pebezaan signifikan di antara bilangan ektoparasit per tikus di antara lokasi kawasan yang berlainan (P> 0.05). Walau bagaimanapun, ujian analisis korelasi Pearson membuktikan bahawa terdapat perbezaan signiftkan di antara berat tikus dengan kadar infestasi ektoparasit per tikus (P< 0.05). Oleh itu, berat tikus mempengaruhi kadar infestasi ektoparasit per tikus.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: infestation rate, ectoparasite, rat, weight
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Sep 2013 11:26
Last Modified: 17 Oct 2017 13:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6863

Actions (login required)

View Item View Item