Tabiat dan amalan pemakanan di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Maznah Misbah (2005) Tabiat dan amalan pemakanan di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001314.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dibuat adalah untuk mengenalpasti status pemakanan dan mengkaji kesedaran terhadap amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar UMSKAL. Sejumlah 300 orang pelajar (150 lelaki dan 150 perempuan) dalam lingkungan umur 20-27 tahun dipilih secara rambang sebagai sampel kajian. Pengukuran antropometri termasuklah berat, tinggi, lilitan perut, lilitan pinggul dan liIitan pergelangan tangan kanan dilakukan bagi penentuan klasifikasi Indeks Jisim Tubuh (IJT), saiz rangka dan klasifikasi risiko penyakit. Melalui penentuan berat badan ideal, purata min IJT pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah 21.905 dan sisihan piawainya adalah 3.723. Hubungkait IJT dengan obesiti pula menunjukkan ia adalah signifikan (P=0.000) pada x2=33.242 dan didapati juga klasifikasi risiko penyakit berdasarkan nisbah liIitan perut terhadap liIitan pinggul adalah bersignifikan (P=0.001) dengan x2=100.062. Namun begitu, penentuan saiz rangka menunjukkan ia tidak signifikan terhadap berat badan pelajar (P=0.647, x2=0.872). Tabiat dan amalan pemakanan di kalangan pelajar menunjukkan ia dipengaruhi oleh jenis makanan yang diambil (P=0.007, x2=12.214), faktor stres (P=0.000, x2=15.639), aktiviti fizikal (P=0.000, x2=47.155), pengambilan alkohol (P=0.000, x2=27.507), tabiat untuk berdiet (P=0.000, x2=22.422) dan tahap kegemaran terhadap coklat (P=0.031, x2=10.643), ais krim (P=0.037, x2=10.239), minuman cola (P=0.027, x2=10.945), biskut manis (P=0.026, x2=11.068) dan sebagainya. Selain itu, terdapat hubungan antara sejarah perubatan keluarga (P=0.011, x2=6.522) dengan sejarah perubatan individu (P=0.019, x2:5.472) terhadap alahan. Malah, didapati tahap pengetahuan pemakanan di kalangan pelajar UMSKAL masih rendah berdasarkan kepada perkara utama di kalangan pelajar membeli makanan (P=0.000, x2=37.802), pengetahuan pelajar terhadap Piramid Makanan (P=0.000, x2=13.615) dan kekerapan terhadap pengambilan karbohidrat, protein, lemak, snek dan minuman.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nutritional status, UMSKAL, healthy eating behaviour, gender
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Sep 2013 15:00
Last Modified: 17 Oct 2017 13:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6887

Actions (login required)

View Item View Item