Penggunaan kaedah penilaian sensori untuk meminimumkan penggunaan gula dan susu pekat manis dalam air kopi

Khor, Lee Suh (2005) Penggunaan kaedah penilaian sensori untuk meminimumkan penggunaan gula dan susu pekat manis dalam air kopi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001315.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jumlah serbuk kopi, gula dan susu pekat manis yang biasa digunakan oleh penggemar kopi melalui kajian soal selidik. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan aras minimum penggunaan gula atau susu pekat manis dalam air kopi melalui kaedah penilaian sensori (Ujian Perbandingan Berganda). Perbandingan empat jenama serbuk kopi campuran yang mempunyai kandungan biji kopi yang berbeza juga dijalankan dengan ujian skala hedonik. Ini adalah bertujuan untuk menguji kesesuaian gula minima yang ditambahkan ke dalam air kopi (kopi '0'). Didapati bahawa purata min bagi serbuk kopi, gula dan susu pekat manis masing-masing ialah 7.08g±3.33, 14.37g±4.76 and 29.74g±9.05. Purata min gula dan susu pekat manis yang diperolehi telah diguna sebagai satu kepekatan rujukan (‘R'). Didapati bahawa keputusan menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) antara kepekatan gula 'R' (0.07000 g/ml) dengan 0.06875 g/ml dan min±sisihan piawai adalah 4.64±1.05 dalam air kopi 'C'. Manakala bagi air kopi 'susu' pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) antara kepekatan susu pekat manis 'R' (0.15000 g/ml) dengan 0.14750 g/ml dan min±sisihan piawai adalah 4.58±0.95. Daripada keputusan ujian skala hedonik, Cap Kapal Terbang memperolehi min yang paling tinggi dalam kesemua atribut. Secara kesimpulannya, kepekatan gula atau susu pekat manis yang paling minima di samping tidak mempengaruhi kesedapan air kopi '0' dan kopi 'susu' masing-masing ialah 0.06875 g/ml (6.88%) dan 0.14750 g/ml (14.75%).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: coffee powder, minimum level of sugar, sensory evaluation, sweetened condensed miik
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Sep 2013 09:57
Last Modified: 17 Oct 2017 13:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6889

Actions (login required)

View Item View Item