Perkaitan antara pengambilan antioksida dikalangan wanita pertengahan umur dan kejadian penyakit kardiovaskular

Nor Ailin Rani (2005) Perkaitan antara pengambilan antioksida dikalangan wanita pertengahan umur dan kejadian penyakit kardiovaskular. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001319.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sarna ada terdapatnya perkaitan antara pengambilan antioksida dengan kejadian penyakit kardiovaskular(CVD) dikalangan wan ita dari golongan pertengahan umur, iaitu usia antara 45 hingga 64 tahun. Dua jenis antioksida dipilih untuk dijadikan rujukan mewakili kumpulan antioksida iaitu vitamin C, vitamin E dan juga beta karoten. Pemilihan responden adalah secara rawak iaitu samaada dari kalangan yang mempunyai CVD ataupun tidak. Data diperolehi dengan cara pengedaran borang soal selidik. Kajian melibatkan pengukuran berat dan tinggi, pengambilan data demografi, gaya hidup, amalan pemakanan, sejarah kesihatan, kekerapan pengambilan makanan dan juga ingatan diet 24 jam. Tinjauan terhadap faktor - faktor risiko lain yang menyumbang kepada CVD juga dilakukan disamping melihat sejauh mana pemahaman responden tentang antioksida. Keputusan menunjukkan terdapatnya perbezaan signifikan dari segi pengambilan antioksida antara responden yang mempunyai CVD dengan yang tiada CVD bagi vitamin C dan beta karoten. Analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapatnya perkaitan antara antioksida dan CVD dimana peningkatan dalam pengambilan antioksida mungkin boleh mengurangkan kejadian CVD dikalangan wanita pertengahan umur. Keputusan anal isis Khi kuasa dua (X2) pula menunjukkan terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin dapat menyumbang kepada CVD dikalangan wanita pertengahan umur iaitu umur (p=0.000, %2=20.675), taraf pendidikan (p=0.000, %2=81.352), aktiviti fizikal (p=0.000, %2:120.92), merokok (p=0.000,%2:215.212), pengambilan alkohol (p=0.000, %2:46.914), status menopause(p=0.000, X2=69.144) dan juga obesiti (p=0.000, %2:46.914). Didapati kebanyakkan responden pernah mendengar tentang antioksida iaitu seramai 235 (78%) orang melalui dua media utama iaitu media elektronik dan media cetak. Namun demikian, majoriti responden belum benar-benar faham akan antioksida dan apabila ditanya mengenai contoh antioksida hanya 91 (30.3%) orang sahaja yang dapat menjawab dengan betul. Kesimpulannya, terdapat perkaitan diantara pengambilan antioksida dengan kejadian penyakit kardiovaskular dikalangan wanita pertengahan umur.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: antioxidant, incidence of cardiovascular diasease, middle aged women, nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 11:47
Last Modified: 17 Oct 2017 13:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6959

Actions (login required)

View Item View Item