Nilai pemakanan bagi makanan yang disediakan di Sekolah Menengah Sains, Kota Kinabalu

Amy Suehaila Armanus (2008) Nilai pemakanan bagi makanan yang disediakan di Sekolah Menengah Sains, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001334.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian berkenaan penilaian pemakanan bagi makanan yang disediakan di sekolah berasrama penuh ini membekalkan maklumat yang mencukupi tentang pengambilan dietari, nilai makanan yang disediakan dan pertumbuhan dari segi kualiti dan kuantiti bagi remaja di sekolah berasrama penuh. Langkah ini penting dalam mengenalpasti dan mengatasi masalah kekurangan nutrien di kalangan pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh. Objektif kajian ini adalah menentukan nilai pemakanan bagi makanan yang disediakan di Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) dan juga untuk mengetahui status pemakanan pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Sebanyak 101 jenis makanan yang di sediakan di dewan makan ditimbang sebanyak tiga kali untuk setiap saiz hidangan sepanjang tempoh 7 hari. Saiz hidangan dianggarkan sebagai saiz makanan yang diambil oleh pelajar secara rawak. Pelajar-pelajar SMESH dipilih secara rawak (n=81, 28 orang lelaki dan 53 orang perempuan, berumur 13, 14, 16 dan 17 tahun) telah melengkapkan borang kekerapan pengambilan makanan dan pengukuran antropometri tinggi dan berat. BMR dikira menggunakan persamaan jantina-spesifik oleh Poh et al., 1999 bagi golongan dewasa di Malaysia. Over-reporter atau subjek yang menipu bagi pengambilan tenaga (El) dikenalpasti dengan menggunakan persamaan EI/BMR > 1.8. IJT dikira menggunakan persamaan spesifik dan dibandingkan dengan graf pertumbuhan standard WHO 2007. Berdasarkan kaedah penimbangan, jumlah tenaga yang dibekalkan kepada pelajar melalui hidangan makanan yang disediakan di cafeteria sekolah adalah mencapai keperluan bagi pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan nilai saranan RNI (NCCFN, 2005). Nilai pemakanan bagi setiap nutrien turut mencapai nilai yang disarankan RNl (NCCFN,2005) kecuall untuk karbohidrat dan kalsium. Pelajar perempuan hanya mencapai 87.2% pengambilan karbohidrat dan 63.8% bagi pengambilan kalsium. Bagi pelajar lelaki pula, mereka hanya mencapai 78.6% pengambilan karbohidrat dan 63.8% kalsium berdasarkan nilai saranan RNI (NCCFN, 2005). Hasil analisis kaedah kekerapan pengambilan makanan menunjukkan kesemua pelajar mencapai nilai saranan RNl untuk pengambilan tenaga dan nutrien bagi sehari. Hasil ukuran antropometri mendapati 22.20% daripada pelajar adalah kekurangan berat badan, 34.6% pelajar adalah normal, 34.6% pelajar adalah terlebih berat badan dan 8.6% pelajar adalah obes. Kebanyakkan pelajar (92.6%) adalah 'over reporter' manakala 7.4% pelajar pula adalah 'good-reporter'. Kaedah kekerapan pengambilan makanan FFQ adalah tidak sesuai untuk digunakan sebagai kaedah penilaian dietari bagi pelajar sekolah berasrama penuh.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nutritional value, dietary intake, quality and quantity, growth development
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Sep 2013 11:15
Last Modified: 16 Oct 2017 17:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7003

Actions (login required)

View Item View Item