Kesan suntikan rhizobium, mikoriza serta penaburan baja fosforus ke atas pembintilan dan tumbesaran kacang soya (Glycine Max (L.) Merril)

Herman Bin Mohd Nasir (2005) Kesan suntikan rhizobium, mikoriza serta penaburan baja fosforus ke atas pembintilan dan tumbesaran kacang soya (Glycine Max (L.) Merril). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001364.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk menilai kesan suntikan Rhizobium, vesikel arbuskular mikoriza , baja fosforus (P) dan gabungan Rhizobium dengan mikoriza ke atas tumbesaran, pembintilan dan hasil biji kacang soya. Eksperimen rekahentuk rawak lengkap (CRD) ini dilakukan dari bulan November, 2004 hingga Februari, 2005 di luar lUmah kaca, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Berat kering daun, batang, akar, biji, bilangan nodul, lenggai dan biji telah ditentukan. Suntikan dengan mizobium, mikoriza dan pemberian baja fosforus tidak memberikan kesan ketara ke at as tumbesaran akar, bintil dan hasil biji melainkan berat kering daun dan batang yang <1itingkatkan oleh suntikan Rhizobium sahaja. Kacang soya yang disuntik dengan mizobium menghasilkan berat kering yang paling tinggi pada daun (1.50g/pokok), batang (0.67 g/pokok), akar (0.53 g/pokok), biji (0.51g/pokok), bilangan lenggai setiap Dokok (27 lenggai/pokok) dan bilangan biji untuk setiap pokok (46 biji/pokok) daripada lc:acang soya yang tidak disuntik dengan Rhizobium.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rhizobium inoculation , vesicular - arbuscular mycorrhiza (V A mycorrhiza), phosphorus fertilizer (P), Soybean nodulation and seed yield ,
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 26 Sep 2013 11:11
Last Modified: 17 Oct 2017 11:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7096

Actions (login required)

View Item View Item