Kajian malnutrisi di kalangan orang tua di Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut, Sabah

Elsner James (2010) Kajian malnutrisi di kalangan orang tua di Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000296.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian malnutrisi ini dijalankan di kalangan penghuni warga tua di Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut. Objektif utama ialah untuk mengenalpasti dan menentukan warga tua yang mengalami malnutrisi berdasarkan jantina dan kelas umur warga tua. Selain itu, kajian mengenai status pemakanan, tabiat pemakanan dan faktor-faktor malnutrisi warga tua turut dijalankan. Seramai 56 orang warga tua yang terdiri daripada 35 orang warga tua lelaki dan 21 orang warga tua perempuan dengan lingkungan umur 55 tahun sehingga 91 tahun terlibat dalam kajian ini. Tiga kelompok umur warga tua dikenalpasti dan dibahagikan mengikut kategori umur 55 - 64 tahun (14.3%), 65 - 74 tahun (48.2%) dan 75 tahun ke atas (37.5%). Metodologi kajian ini merangkumi kaedah pengukuran antropometri dan borang soal selidik untuk mendapatkan data yang diperlukan. Kaedah pengukuran antropometri dilakukan berdasarkan tinggi, berat, Indeks Jisim Tubuh, pengukuran saiz rangka tubuh, nisbah pinggang kepada pinggul dan ketinggian lutut kepada tapak kaki. Borang soal selidik pula meliputi borang latar belakang, borang peringatan diet 24 jam, borang sejarah diet dan borang kekerapan pengambilan makanan. Dalam kelas umur 65 - 74 tahun (n=27), seramai empat orang warga tua dikenalpasti mengalami malnutrisi iaitu seorang lelaki (3.70%) dan tiga orang perempuan (11.11%). Bagi kelas umur 75 tahun ke atas (n=21), seramai dua orang warga tua yang terdiri daripada seorang lelaki (4.76%) dan seorang perempuan (4.76%) mengalami malnutrisi. Berdasarkan kelas umur 55-64 tahun (n=8), tiada warga tua yang mengalami malnutrisi. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa warga tua perempuan yang berada dalam kelas umur 65 tahun dan ke atas adalah lebih cenderung untuk mengalami malnutrisi jika dibandingkan dengan warga tua lelaki.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Study of malnutrition, Nutritional status, Nutrition, Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut, Sabah, Elderly resident
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 11 Nov 2011 16:50
Last Modified: 12 Oct 2017 15:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/713

Actions (login required)

View Item View Item