Kehadiran E.Coli dan total coliform di Pantai Dalit

Mahaswary Selvaretnam (2005) Kehadiran E.Coli dan total coliform di Pantai Dalit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001387.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui taburan total coliform dan E.coli di sekitar kawasan perairan pantai rekreasi Pantai Dalit, Tuaran. Persampelan data telah dilakukan di antara September 2004 bingga Disember 2004 dan sebanyak 5 stesen telah dipilih untuk kajian ini. Analisis ini bertujuan untuk mengetahui kepekatan E.coli dan total coliform di kawasan Pantai Dalit dan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang menjadi penyumbang kepada pencemaran air laut dari segi kehadiran bakteria koliform. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah penapisan membran (Membrane Filtration Method) daripada Standard APHA dengan masa inkubasi selama 24 jam pada suhu 37°C bagi total colifonn dan 44.5°C bagi E.coli. Min E.coli adalah 40 cfu per 100 ml dengan julat bilangan E.coli adalah 24-57 cfu per 100ml, manakala min total coliform di Pantai Dalit adalah 81 cfu per 100ml dengan julat bilangannya 51-110 cfu per 100ml. Keputusan daripada analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa kehadiran E.coli adalah berpunca daripada kegiatan rekreasi yang dijalankan dan kualiti air marin di Pantai Dalit berada dalam keadaan yang memuaskan mengikut piawaian Interim Malaysia iaitu 400 cfu/ 100ml untuk E. coli dan 5000 cfu/ 100ml untuk total coliform.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: total coliforms, E.coli, water pollution, Membrane Filtration Method
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Oct 2013 09:48
Last Modified: 17 Oct 2017 11:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7132

Actions (login required)

View Item View Item