Perkembangan risalah berdasarkan status pertumbuhan dan amalan pemakanan bagi kanak-kanak Sekolah Rendah Pendidikan Khas, Tuaran yang berumur 7-12 tahun

Nurul Izzah Othman (2010) Perkembangan risalah berdasarkan status pertumbuhan dan amalan pemakanan bagi kanak-kanak Sekolah Rendah Pendidikan Khas, Tuaran yang berumur 7-12 tahun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000293.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif bagi kajian ini ialah untuk mengenalpasti kekurangan berat badan dan kebantutan, risiko kurang berat badan dan lebih berat badan di kalangan responden berdasarkan persentil Indeks Jisim Tubuh (UT) dan ketinggian untuk umur Carta Pertumbuhan WHO 2007. Status pemakanan tersebut dikaitkan dengan pengambilan tenaga dan jumlah penggunaan tenaga. Responden yang terlibat terdiri daripada pelajar buta dan penglihatan rendah di Sekolah Rendah Pendidikan Khas, Tuaran yang berusia 7-12 tahun. Dua puluh tiga orang (15 (65.2%) lelaki, 8 (34.8%) perempuan) responden dari Darjah 1 hingga Darjah 6 telah terlibat dalam kajian. Borang soal selidik digunakan untuk mengkaji data demografik, pengetahuan dan tabiat pemakanan pelajar. Borang Ingatan Diet 24 Jam Gandaan dan Ingatan Semula Aktiviti Fizikal turut digunakan untuk menilai pengambilan tenaga dan jumlah penggunaan tenaga. Ujian-t digunakan untuk mengetahui perbezaan min antara status pemakanan dengan jantina dan umur. Ujian khi kuasa dua (x2) digunakan untuk mengetahui perhubungan antara status pemakanan dengan jantina, tahap pengetahuan, kecacatan penglihatan, pengambilan dan penggunaan tenaga. Kajian ini mendapati enam (26.1%) responden mengalami kurang berat badan dan enam (26.1%) responden mengalami kebantutan. Terdapat perkaitan yang signifikan antara status ketinggian untuk umur dengan jantina dengan nilai i bersamaan 8.122 dan pada nilai keertian p=0.017<0.05. Risalah pemakanan Braille dan cetakan berhuruf besar dihasilkan dan dijadikan bahan pendidikan pemakanan untuk responden berumur tujuh hingga 12 tahun yang buta dan mempunyai penglihatan rendah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Underweight and stunted, Underweight and overweight, Special education primary school children, Body Mask Index, BMI
Subjects: ?? RJ101 ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 14 Nov 2011 17:35
Last Modified: 12 Oct 2017 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/717

Actions (login required)

View Item View Item