Kajian viskositi ke atas larutan Eucheuma cottonii dan ekstrakan karaginan separa tulennya

Chai, Yin Fen (2005) Kajian viskositi ke atas larutan Eucheuma cottonii dan ekstrakan karaginan separa tulennya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001403.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan di antara ciri-ciri viskositi larutan serbuk Eucheuma cottonii dan karaginan separa tulennya (KST) daripada segi kesan kepekatan, suhu, pH, kelajuan gelendung dan sifat kebersandaran pada masa dengan menggunakan Viskometer Digital Brookfield (HADV-E 230). KST telah disediakan melalui pengekstrakan dengan menggunakan larutan kalium hidroksida (KOH) pada pH 13 dan suhu 80°C, yang telah memberikan peratusan perolehan dan kandungan kelembapan sebanyak 6.7-7 .6% dan 7.44±0.34% masing-masing. Peningkatan kepekatan dari 1.4% (w/w) hingga 3.2% (w/w) telah menyebabkan peningkatan nilai viskositi ketara bagi kedua-dua larutan rumpai laut dan KST di mana ujian korelasinya telah menunjukkan bahawa wujudnya perhubungan positif yang signifikan antara viskositi kedua-dua larutan rumpai laut (r=0.907**) dan KST (r=0.957**) dengan kesan kepekatan. Sebaliknya, bagi kesan suhu, wujudnya perhubungan negatif yang signifikan bagi viskositi kedua-dua larutan rumpai laut (r=-0.840**) dan KST (r=-0.886**). Begitu juga dengan kesan kelajuan gelendung yang mempamerkan perhubungan negatif yang signifikan antara viskositi larutan rumpai laut (r=-0.836**) dan KST (r=-0.896**). Peningkatan dalam suhu (40°C hingga 80°C) atau kelajuan gelendung (20, 30, 60, dan 100 rpm) akan menyebabkan penurunan dalam kelikatan ketara. Viskositi ketara didapati meningkat dari sekitar pH 1.35 hingga pH B.15 untuk larutan rumpai laut dan hingga pH 9.11 untuk larutan KST. Kenaikan pH seterusnya akan menyebabkan penurunan semula viskositi ketara kecuali larutan KST yang menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) dari pH 10.77 ke pH 11 .34. Kedua-dua larutan tidak menunjukkan sifat kebersandaran pada masa di mana tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) dikesan pada tempoh 1 minit hingga 60 minit. Secara keseluruhannya, ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) untuk nilai viskositi ketara di antara kedua-dua larutan dalam kesemua kesan yang dikaji kecuali pada pH 1 dan pH 2, yang disebabkan oleh hidrolisis asid ke atas ikatan glikosidik kappa-karaginan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: semi-refined carrageenan solution, differences of viscosity, temperature, pH, rotational speed, time dependency, acid hydrolysis
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Oct 2013 12:25
Last Modified: 17 Oct 2017 12:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7210

Actions (login required)

View Item View Item