Penilaian status pemakanan mahasiswa lelaki di Universiti Malaysia Sabah

Yong, Choon Wai (2006) Penilaian status pemakanan mahasiswa lelaki di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001430.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 200 orang mahasiswa lelaki dari UMS. Daripada 200 orang responden, 112 (56.0%) orang daripadanya adalah dari dalam kampus dan yang lain, 88 (44.0%) orang pula adalah dari luar kampus. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganggar nilai pengambilan tenaga dan nutrien dalam sehari bagi kumpulan responden yang dikaji, membandingkan min pengambilan tenaga dan nutrien dengan Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia 2005 serta mengukur dan mendapatkan data-data antropometri responden. Bagi penilaian status pemakanan, kaedah penilaian dietari dan pengukuran antropometri digunakan. Kaedah penilaian dietari yang digunakan ialah ingatan semula 24 jam dan kekerapan pengambilan makanan (FFQ). Antropometri yang dilakukan ialah ukuran berat dan tinggi untuk indeks jisim tubuh (Body Mass Index-BMI), lilitan pinggang dan lilitan pinggul. Data-data dianalisis dengan program SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf atau carta pai. Berdasarkan data ingatan semula 24 jam, min pengambilan tenaga ialah 2476.21 ± 421.58 kkal, protein 63.16 ± 4.18g, kalsium 695.86 ± 17.34 mg, besi 8.07 ± 0.78 mg, tiamin 0.95 ± 0.04 mg, riboflavin 1.16 ± 0.31 mg, niasin 13.26 ± 1.75 mg NE, vitamin C 73.12 ± 5.39 mg dan vitamin A 860.34 ± 31.87 pg. Min pengambilan yang mencapai RNI ialah tenaga, protein, vitamin C dan vitamin A. Manakala min pengambilan bagi kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin pula tidak mencapai RNI. Bagi data antropometri, didapati majoriti pelajar mempunyai berat badan yang ideal dengan IJT 18.5-24.9 kg/m² iaitu sebanyak 105 (52.5%) orang. Sebanyak 15 (7.5%) orang mempunyai kurang berat badan dengan IJT<18.5 kg/m². Lima puluh dua (26.0%) orang adalah pra obesitidengan IJT 25.0-29.9 kg/m² dan yang lain iaitu sebanyak 28 (14.0%) orang mempunyai masalah obesiti dengan IJT>30.0 kg/m². Berdasarkan nisbah lilitan pinggang terhadap lilitan pinggul pula, 40 (20.0%) orang responden menghadapi risiko kesihatan yang tinggi (WHR>0.95). Manakala 160 (80.0%) orang yang lain mempunyai risiko kesihatan yang rendah (WHR<0.95). Secara keseluruhan, mahasiswa lelaki di UMS mempunyai status pemakanan yang baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: male undergraduate, nutrient intake, daily energy, nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Oct 2013 15:16
Last Modified: 17 Oct 2017 12:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7245

Actions (login required)

View Item View Item