Kesan pemanasan terhadap Pendopan Ferum pada bahagian mangan dalam sistem La2/3Ca l/3mnO3 (LCMO)

Chuah, Choon Hai (2006) Kesan pemanasan terhadap Pendopan Ferum pada bahagian mangan dalam sistem La2/3Ca l/3mnO3 (LCMO). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001449.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Suatu siri sampel La0.67 Ca0.33 MnI-xFexO 3-1i dengan x=0, 0.0S, 0.1 , 0.IS dan 0.2 telah disediakan melalui teknik tindak balas keadaan pepejal. Kajian sampel terhadap kesan pendopan tanpa pemanasan dan kesan pemanasan pada suhu 1000°C, 1150°C dan 1300°C ke atas sifat struktur dan fasa sampel, sifat CMR dan morfologi permukaan sampel dalam sistem LCMFO. Sampel tanpa pemanasan menunjukkan nilai CMR negatif paling tinggi iaitu 18.68 % bagi sampel x=0.05. Kesan pemanasan semula sampel asal menunjukkan penurunanan nilai CMR negatif dengan peningkatan suhu.lni berlaku disebabkan oleh pertumbuhan butiran menyebabkan liang- liang udara berkurang maka pergerakan elektron yang lemah merentasi setiap butiran. Corak XRD menunjukkan kewujudan fasa yang sarna bagi setiap peringkat pendopan sebelum atau selepas pemanasan sampel. Semua sampel tanpa pemanasan menunjukkan tidak ada perubahan isipadu unit sel, maka terbukti bahawa semua sampel adalah membentuk sistem hablur ortorhombus kerana serupa saiz ion Fe3+ dan Mn3+. Pada suhu pemanasan 1000°C, 1150°C dan 1300◦C, sampel LCMFO mengalami perubahan isipadu unit sel disebabkan oleh perubahan mikrostruktur. Morfologi permukaan bagi semua sampel menunjukkan kekasaran permukaan bertambah secara punca min kuasa dua terhadap setiap peringkat pendopan sebelum atau selepas pemanasan sampel. Pada suhu pemanasan 1150°C menunjukkan kekasaran permukaan bertambah paling tinggi daripada 376.5 run kepada 624.7 nm. Fenomena ini disebabkan oleh pertumbuhan butiran yang optimum berlaku dalam sampel menyebabkan saiz butiran menjadi besar dan sempadan antara butiran semakin rapat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: annealing , doping with annealing , CMR , LCMFO ,nobilities of electron
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 31 Oct 2013 15:53
Last Modified: 17 Oct 2017 12:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7281

Actions (login required)

View Item View Item