Prospek pekerjaan graduan Matematik daripada perspektif majikan

Lim, Shiau Ling (2007) Prospek pekerjaan graduan Matematik daripada perspektif majikan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001373.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji prospek pekerjaan graduan Matematik daripada perspektif majikan. Tujuan berikutnya adalah untuk mengenalpasti kemahiran, keperluan dan kebolehan yang penting dalam menceburi duma pekerjaan daripada perspektif majikan. Sampel dipilih dari kalangan pegawai pengurusan industri seperti CEO/pengarah, pegawai ekskutif dan pegawai Pengurusan Sumber Manusia. Sebanyak 300 borang soal selidik diedarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Walau bagaimanpun, hanya 105 responden (maklumbalas) yang dapat dikembalikan. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik yang sudah direkabentuk dan diuji kesahihan dan reliabilitinya dalam kajian lepas. Tahap kepuasan majikan terhadap kemahiran, keperluan dan personaliti telah dihitungkan. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan antara kategori majikan tentang kemahiran, keperluan dan personaliti yang tersenarai terhadap graduan Matematik. Didapati lingkungan julat masing-masing bagi tahap kepuasan majikan dan kepentingan adalah [3.1429, 4.2000] dan [3.6381, 4.3048]. Ini bererti kesemua elemen memainkan peranan yang penting bagi seseorang graduan Matematik sebelum menerjah ke alam pekerjaan. Ujian t tak bersandar digunakan untuk mengenalpasti perbezaan tahap kepentingan ketiga-tiga iaitu keputusan akademik, pilihan kursus dan pilihan universiti-institusi dari pandangan majikan lelaki dan perempuan. HasH kajian ini menunjukkan tiada perbezaan signifikan wujud di antara min dua sampel yang dipilih. Pemilihan jawapan tahap kepuasan majikan terhadap graduan Matematik tidak bergantung kepada jantina dan sektor perniagaan. Namun, wujud perbezaan signifikan bagi faktor demografi bangsa dengan Kemahiran Matematik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: job prospect, mathematic skill, employers' perspective, ethnicity, employers' satisfaction
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Oct 2013 12:33
Last Modified: 17 Oct 2017 12:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7292

Actions (login required)

View Item View Item