Kepekatan klorofil A, fosforous and nitrat dalam air pantai di Teluk Mengkabong

Low, Khai Thean (2006) Kepekatan klorofil A, fosforous and nitrat dalam air pantai di Teluk Mengkabong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001452.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kepekatan nutrien (P04 dan N03) dan bioisim alga (klorofil a) telah dijalankan di Teluk Mengkabong. Teluk Mengkabung adalah sebuah kawasan yang digunakan untuk kegiatan pengkulturan ikan di Sabah dan kegiatan ini berupaya mecemarkan alam sekitar. Tiga stesen telah dipilih sebagai tempat kajian dan setiap stesen ada tiga sub stesen. Parameter in-situ yang dianalisis ialah pH, oksigen terlarut (DO), lumlah Pepejal Terlarut (IDS), suhu, saliniti, konduktiviti , dan ORP (oxidation-reduction potential). Nilai parameter yang dikaji di Teluk Mengkabong masing-masing adalah DO 14.91 ± 3.75 mgL-\ saliniti 27.76 ± 2.48 ppt, konduktiviti 43.37 ± 3.48 mS/cm, pH 7.64 ± 0.08, suhu 31.06 ± 0.44 °c, TDS 247. 16 ± 62.23 gL-1 dan ORP 132.87 ± 25.52 mV. Analisis ANOVA dan korelasi telah digunakan untuk mencari hubungan min kepekatan di antara setiap stesen mengikut parameter masing-masing. Min kepekatan keseluruhan bagi P04 ialah 0.1862 ± 0.0919 mgL-\ NO3 ialah 0.7185 ± 0.0994 mgL-1 dan biojisim alga 6.32 ± 3.13 mgrn-3. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa perairan Teluk Mengkabong mengalami sedikit pencemaran nutrien terutamanya NO3 dan ini boleh mendorong kepada peningkatan dalam jumlah biojisim alga di situ. Sisa air daripada kegiatan akuakultur dan domestik yang masuk ke teluk ini perlu dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya masalah eutrofikasi di kawasan Teluk Mengkabong.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nutrient concentration, aquaculture activities, environment, eutrophication, wastewater
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Oct 2013 12:25
Last Modified: 17 Oct 2017 12:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7293

Actions (login required)

View Item View Item