Penyelidikan dalam sambutan pelanggan terhadap makanan segera tempatan dengan makanan segera antarabangsa dan kekerapan pengambilannya

Ooi, Yin Shee (2006) Penyelidikan dalam sambutan pelanggan terhadap makanan segera tempatan dengan makanan segera antarabangsa dan kekerapan pengambilannya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001453.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sambutan pelanggan terhadap makanan segera tempatan dengan makanan segera antarabangsa dan kekerapan pengambilannya. Seramai 566 orang responden telah terlibat dalam kaji selidik ini. Kesemua responden dipilih berdasarkan pengalaman mengunjungi di kedua-dua restoran makanan segera tempatan dan antarabangsa, iaitu restoran Sugar Bun dan restoran McDonald •s. Data yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan " Statistical Package for Social Science" (SPSS). Responden terdiri daripada 53.0% perempuan dan 47.0% lelaki yang berbangsa Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak, Bumiputera Sabah dan sebilangan kecil terdiri daripada Punjabi. Umur responden berada dalam lingkungan 19 tahun dan ke bawah hingga 50 tahun dan ke atas. Hasil kajian menunjukkan bahawa 67.5% responden lebih menggemari restoran McDonald's manakala 32.5% lebih menggemari restoran Sugar Bun. Faktor bangsa menunjukkan hubungan yang signifikan dengan restoran makanan segera yang lebih digemari (p = 0.000). Faktor umur responden menunjukkan hubungan yang signifikan (p = 0.000) dengan harga dalam pemilihan makanan segera . Responden yang berumur 20-34 tahun memilih restoran Sugar Bun kerana ia mempunyai harga yang berpatutan manakala responden yang berumur 19 tahun dan ke bawah hingga 24 tahun pula mengatakan restoran McDonald's mempunyai harga yang berpatutan. Burger ayam dari kedua-dua restoran Sugar Bun (53.9%) dan McDonald's (47.3%) merupakan produk yang paling disukai ramaL Lokasi dan persekitaran menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pemilihan restoran makanan segera (p = 0.000). Restoran Sugar Bun yang terletak dekat dengan pusat membeli-belah lebih menarik kunjungan pelanggan daripada restoran McDonald's. Manakala persekitaran yang bersih di restoran McDonald's menjadi daya tarikan pelanggan berbanding dengan restoran Sugar Bun. Pengaruh iklan dan promosi dalam pemilihan makanan segera telah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan restoran yang mengadakan pengiklanan dan promosi yang menarik perhatian responden (p = 0.000). Restoran McDonald's mementingkan pengiklanan tetapi restoran Sugar Bun adalah sebaliknya. Pelanggan yang mengunjungi ke restoran McDonald's menunjukkan kekerapan yang lebih tinggi berbanding dengan pelanggan yang mengunjungi ke restoran Sugar Bun. Kebanyakan responden (55.7%) menunjukkan mereka hanya 3 hingga 6 bulan sekali baru mengunjungi ke restoran Sugar Bun manakala 34.5% responden menunjukkan mereka mengunjungi ke restoran McDonald’s 1 kali sebulan. Secara keseluruhannya, makanan segera antarabangsa lebih mendapat sambutan daripada makanan segera tempatan

Item Type: Academic Exercise
Keyword: consumer's preference, fast food restaurant, International fast food, gender, race, age
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Oct 2013 11:59
Last Modified: 17 Oct 2017 12:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7297

Actions (login required)

View Item View Item