Nodulasi dan produktiviti kacang tanah (Arachis hypogaea L. var. MGNT VI) selepas suntikan dengan rhizobium (NC32HI dan UMKL22) dan penaburan baja fosforus

Siti Zumira Zulkepli (2004) Nodulasi dan produktiviti kacang tanah (Arachis hypogaea L. var. MGNT VI) selepas suntikan dengan rhizobium (NC32HI dan UMKL22) dan penaburan baja fosforus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001466.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu penyelidikan telah dijlankan di Universiti Malaysia Sabah untuk mengkaji kesan pemberian dua kadar baja P (0 dan 40 kg Plha) dan inokulasi dua strain Rhizobium (NC32HI dan UMKL22) ke atas pembintilan, tumbesaran pokok dan penghasilan biji tanaman kacang tanah (Arachis hypogaea L. varieti MONT VI). Kajian faktorial dilakukan menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD) dengan lapan replikasi. Persampelan pokok dilakukan dua kali iaitu 35 hari selepas tanam (peringkat awal pembungaan) dan 95 hari selepas tanam (peringkat lenggai matang). Secara amnya, keputusan kajian menunjukkan pokok kacang tanah dengan pemberian baja P dan diinokulasi dengan mana-mana strain Rhizobium meningkatkan pembintilan, tumbesaran pokok, perkembangan akar dan hasil biji. Di antara strain Rhizobium yang diuji, NC32HI adalah yang paling efektif, mengakibatkan pembintilan yang tinggi, meningkatkan perkembangan daun, akar serta hasil biji. Strain ini adalah lebih berkesan lagi jika pemberian baja P (40 kg Plha) dilakukan berbanding tanpa pemberian baja P (0 kg P/ha) dan diinokulasi Rhizobium sahaja. Hasil biji (22.91±4.29 glpokok) dan pembintilan (6.07±0.88 g/pokok) tertinggi diperolehi apabila strain NC32HI digunakan dengan pemberian 40 kg Plha. Tanpa baja P dan tanpa inokulasi Rhizobium merosotkan dengan ketara pembintilan (0.23±0.46 - 0.40±9.96 g/pokok), perkembangan batang (3.11±3.70 - 13.24±3.63g/pokok) dan daun (1.44±1.04 - 10.03±2.88 g/pokok) pada kedua-dua fasa pertumbuhan. Pemberian baja P sahaja tanpa inokulasi menyebabkan pembintilan (0.80±0.53 - 1.56±0.69 g/pokok) dan pengeluaran biji (15.51±2.93 g/pokok) merosot berbanding dengan inokulasi Rhizobium strain NC32HI. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa apabila tanaman kacang tanah diinokulasi dengan strain Rhizobium berkesan seperti NC32HI dan pemberian baja P, mampu meningkatkan hasil dan pertumbuhan kacang tanah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fertilizer, Rhizobium, NC32HI, UMKL22, seed yield, groundnut growth
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Oct 2013 13:21
Last Modified: 17 Oct 2017 12:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7328

Actions (login required)

View Item View Item