Geologi am dan survei kerintangan geolektrik taburan kerikil pinousok di Kundasang, Ranau Sabah

Zakaria Ismail (2005) Geologi am dan survei kerintangan geolektrik taburan kerikil pinousok di Kundasang, Ranau Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001468.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian geologi am dan survey kerintangan geoelektrik dijalankan di sekitar kawasan Kundasang, Sabah yang terletak pada garis bujur 116° 33 ' T hingga 116° 36' T dan garis lintang 05° 58' U hingga 06° 03 ' U. Kawasan kajian terdiri daripada kawasan tanah tinggi dan berkeluasan 72 km persegi. Kawasan kajian terdiri daripada batuan igneus jenis ultrabes sebagai batuan dasar, batuan adamelit porfiritik, Formasi Trusmadi, Formasi Crocker dan endapan Kuatemer ataupun Endapan Kerikil Pinousok. Batuan ultrabes boleh dianggap sebagai batuan dasar bersesuaian dengan kedudukannya dalam jujukan ofiolit. Batuan granit di kawasan kajian pula terdiri daripada adamelit dan granodiorit. Formasi Trusmadi terdiri daripada batu pasir yang tebal, syal gelap, selang lapis lodak bersama lempung. Formasi Crocker pula dicirikan oleh lapisan batu pasir masif, selang lapis batu pasir tebal dan syal nipis serta syal merah hijau. Formasi ini ini dipercayai terhasil daripada proses pengendapan laut dalam. Endapan Kerikil Pinousok terdiri daripada campuran tiga jenis batuan utama seperti batuan igneus, batuan metamorf dan batuan sedimen dipercayai terhasil dari proses pengglasieran dan proses graviti. Survei kerintangan geoelektrik dilakukan menggunakan Kaedah Pemprofilan Menegak (YES) dengan susunatur Schlumberger dan Kaedah Pemprofilan Mengufuk dengan susunatur Wenner. Keputusan yang diperolehi daripada survei ini memberikan tiga bacaan kerintangan ketara, iaitu tanah permukaan yang berkerintangan sederhana rendah (310 Ωm - 320 Ωm), lapisan tanah kedua atau Endapan Kerikil Pinousok yang berkerintangan rendah (10m - 35 Ωm) dan lapisan batuan ketiga yang terdiri dari batuan dasar ultrabes yang berkerintangan tinggi (8300 Ωm). Ketebalan Endapan Kerikil Pinousok yang minimum dapat dikesan adalah 10.03 m manakala ketebalan maksimum adalah 34.2 m. Dua zon sesar telah ditafsir menggunakan Kaedah Pemprofilan Mengufuk dan dipercayai wujud akibat penerobosan igneus.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geology, geoelectrical survey, Crocker formation, Ultrabasic igneus rock, deep water
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Oct 2013 17:00
Last Modified: 17 Oct 2017 12:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7330

Actions (login required)

View Item View Item