Analisis minyak pati daripada Cinnamomum zeylanicum dan Lindera pipericarpa dengan menggunakan kromatografi gas-pengesan pengionan nyalaan (GC-FID)

Mahathir Muhamad (2004) Analisis minyak pati daripada Cinnamomum zeylanicum dan Lindera pipericarpa dengan menggunakan kromatografi gas-pengesan pengionan nyalaan (GC-FID). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001493.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Dalam projek yang dijalankan, dua spesies daripada famili yang sama tetapi berlainan genus telah dikaji. Spesies tersebut ialah Cinnamomum zeylanicum (kayu manis) dan Lindera pipericarpa (lindos). Tujuan utama kajian ini ialah untuk membuat suatu perbandingan di antara kandungan komponen kimia dalam daun dan kulit daripada spesies yang sama dan perbandingan komponen kimia di antara spesies yang berasal daripada famili yang sarna. Penghasilan minyak pati adalah melalui kaedah penyulingan hidro, di mana pelarut digunakan ialah n-pentana bagi C. zeylanicum dan n-heksana bagi L. pipericarpa. Minyak pati yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan GC-FID. Hasil analisis menunjukkan komponen utama bagi sampel daun dan kulit batang C. zeylanicum masing-masing ialah tetradecane dan perillaldehyde yang didapati hadir pada masa penahanan 22.17 minit dan 19.46 minit. Komponen utama bagi sampel daun dan kulit batang L. pipericarpa yang hadir ialah (E)-2-nonenal dan benzothiazole pada masa penahanan masing-masing pada 19.43 minit dan 21. 98 minit.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: genera, Cinnamomum zeylanicum, Lindera piperlcarpa, chemical content, leaves and bark, essential oil
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Dec 2013 12:48
Last Modified: 17 Oct 2017 12:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7383

Actions (login required)

View Item View Item