Sifat fizikokimia minyak campuran dan ketahanan minyak terhadap pembentukan cloud pada suhu yang berbeza

Vinothini Ananthan (2006) Sifat fizikokimia minyak campuran dan ketahanan minyak terhadap pembentukan cloud pada suhu yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001490.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sifat fizikokimia minyak campuran dan ketahanannya terhadap pembentukan cloud pada suhuyang berbeza. Sebanyak 9 sampel minyak campuran yang terdiri daripada minyak sawit olein, minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari pada nisbah 90:10, 70:30 dan 50:50 telah dianalisis. Kesemua sam pel menepati piawaian bagi nilai peroksida « 1 0 meq per kg) dan titik asap (180-240 °C). Piawaian bagi kandungan asid lemak be bas tidak ditepati oleh mana-mana sampel kerana nilainya lebih daripada 0.1 %. Daripada analisis didapati sampel M3, M6 dan M9 mempunyai ketumpatan yang tertinggi (0.9126 ± 0.0002 gml-1, 0.9119 ± 0.0004 gmr1, 0.9130 ± 0.0002 gml-1), nilai iodin yang tertinggi (96.2 ± 0.9, 92.9 ± 0.8, 96.5 ± 0.4), nilai peroksida yang tertinggi (1.1 ± 0.1 meq per kg, 0.9 ± 0.1 meq per kg, 1.1 ± 0.1 meq per kg), kandungan asid lemak bebas yang terendah (0.22 ± 0.02 %, 0.40 ± 0.01%,0.22 ± 0.02 %), nilai kekeruhan yang terendah (1.4 ± 0.1 °C, 1.7 ± 0.1 °C, 1.3 ± 0.1 0c) dengan masa kekeruhan yang paling lama (72. 0 ± 0.3 minit, 75.7 ± 0.4 minit, 87.4 ± 0.3 minit). Semua sampel pada penyimpanan O°C, mengeruh dalam masa kurang daripada 2 jam. Pada suhu 4°C, semua sampel mengeruh dalam masa kurang daripada 1 hari kecuali sampel M3, M6, dan M9 yang mengeruh selepas 3 hari. Pada suhu 10 °C, sampel M3 dan M9 yang paling lambat mengeruh iaitu dalam masa kurang daripada 24 hari. Pada suhu bilik (27°C), sampal tidak mengeruh dan telah mengekalkan kejemihannya selama labih dan 3 bulan. Kesimpulannya, nisbah pencampuran 50:50 menghasilkan ciri-ciri fizikokimia yang terbaik bagi minyak campuran

Item Type: Academic Exercise
Keyword: blended oil, cloud formation, temperature, physicochemical characteristic
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 31 Oct 2013 15:49
Last Modified: 17 Oct 2017 12:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7396

Actions (login required)

View Item View Item