Pengekspresan dan penulenan SER/THR Fosfoprotein Fosfatase, PpP daripada Mycobacterium bovis BCG Pasteur 1173P2

Chuah, Choon Siang (2005) Pengekspresan dan penulenan SER/THR Fosfoprotein Fosfatase, PpP daripada Mycobacterium bovis BCG Pasteur 1173P2. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001526.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini, gen yang mengekodkan STPPs daripada Mbovis BCG Pasteur 1173P2 yang bel urn dicirikan telah dibentukkan sebagai ppP (Serinalfhreonina fosfoprotein fosfatase). Sebelum itu, primer yang direka bentuk ini diamplifikasikan menerusi teknik PCR Produk: PCR (PpP) yang bersaiz 1545 bp diklonkan ke dalam plasmid pUC19. Seterusnya, produk plasmid pUC19 dibataskan dengan enzim pembatasan dan dicanturn semula dengan vektor pengekspresan pET-16b menerusi T4 DNA ligase untuk membentuk: rekombinan plasmid pET16b-ppP. Plasmid ini akan diklonkan dan diekspreskan di dalam perumah Escherichia. coli BL21(DE3)pLysS. Rekombinan protein yang dihasilkan ditulenkan dengan menggunakan matriks agarose Ni-NTA sebagai protein PpP-lOx his tagged. Akhimya, protein rekombinan PpP dianalisiskan dan disahkan oleh kaedah SDS-PAGE seberat 56 kDa diikuti penentuan kepekatan proteinnya. Maklumat tambahan turnt disertakan dalam tesis ini agar dapat memudahkan proses penyelidikan seperti ramal an fungsi protein fosfatase yang mungkin terlibat dalam transduksi isyarat untuk proses pengawalatur selular. Jadi, analisis bioinformatik mampu memaparkan maklumat tambahan mengenai rangkaian nukleotide PpP daripada M Bovis BCG Pasteur 1173P2 menerusi Reverse Position Specific BLAST (RPS-BLAST) dan PSI-BLAST menunjukkan jujukan PpP mempunyai domain katalitik PP2C yang boleh dijumpai dikebanyakkan keluarga STPPs 2C. Domain katalitik fosfatase hampir serupa dengan Mycobacterium tuberculosis H37Rv, M bovis AF2122/97 , dan Mycobacterium leprae, iaitu masingmasing mencatat 99 %, 100% dan 95%. Arnalisis TMHMM dan TMAP mendapati bahagian beliks transmembran terletak di C-terminal pada kedudukan di antara 301- 323 asid amino residu untuk: rantai peptide PpP. Sementara analisis AAST A TS menunjukkan bahawa berat molekul PpP sebanyak 53764 Da untuk 514 asid amino residu. Dengan ini, Perbandingann dengan STPPs yang lain mendapati PpP tergolong dalam keluarga PP2C yang berkemungkinan mengawal pelbagai proses selular misalnya pembezaan sel, pengawalaturan proses metabolik dan gerak balas terhadap tekanan persekitaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pasteur, PCR technique, clone, cellular process, metabolic process, Mycobacterium leprae, phosphatase
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Nov 2013 15:41
Last Modified: 17 Oct 2017 13:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7479

Actions (login required)

View Item View Item