Kajian kualiti air (fizikal dan kimia) sebelum dan selepas melalui proses 'Dyanasand filter' di Institut Penyelidikan Marin Borneo

Mobd Azhar Zaki Norbarimi (2004) Kajian kualiti air (fizikal dan kimia) sebelum dan selepas melalui proses 'Dyanasand filter' di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001534.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian kualiti air laut telah dilakukan eli hatceri, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah di dua stesen iaitu sebelum dan selepas melalui penapis Dyanasand. Nilai-nilai parameter yang dikaji ialah suhu, saliniti, pH, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), jumlah pepejal terlarut (TDS), kekeruhan (TUR), nitrit dan fosfat. Pensampelan dilakukan dalam tempoh satu bulan, sebanyak tiga kali dalam bulan Disember 2003. Status kualiti air di kedua-dua stesen adalah mematuhi piawai am kualiti air yang elisarankan oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia. Keputusan perbandingan (T-test), (P<0.05), menunjukkan terdapat perbezaan secara signiftkan bagi nilai parameter saliniti, pH, oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), jumlah pepejal terlarut (TDS), kekeruhan (TUR) dan fosfat. Manakala parameter suhu dan nitrit tidak mempunyai perbezaan secara signifikan di antara dua stesen. Ujian korelasi rnenunjukkan terdapat perkaitan positif (saliniti dengan pH, saliniti dengan DO%, saliniti dengan TDS, pH dengan DO%, pH dengan BOD, pH dengan TDS, DO% dengan BOD, DO% dengan TDS dan TUR dengan fosfat) dan perkaitan negatif (TUR dengan saliniti, TUR dengan pH, TUR dengan DO%, TUR dengan BOD, TUR dengan IDS, fosfat dengan saliniti, fosfat dengan pH, fosfat dengan DO%, fosfat dengan BOD dan fosfat dengan TDS). Secara keseluruhannya, status kualiti air di kedua-dua stesen adalah sama.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: seawater, IPMB, filtration, Dyanasand filter, water quality, aquatic life
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Nov 2013 11:28
Last Modified: 17 Oct 2017 13:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7494

Actions (login required)

View Item View Item