Penentuan aktiviti antioksidan dalam dukung anak (Phyllanthus niruri)

Koay, Suat Suat (2007) Penentuan aktiviti antioksidan dalam dukung anak (Phyllanthus niruri). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001543.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Karya ilmiah ini dijalankan untuk mengkaji jumlah aktiviti antioksidan dan jumlah kandungan fenolik dalam herba dukung anak (Phyllanthus nirun). Dua jenis sampel yang digunakan dalam kajian ini iaitu sampel 1 yang dibeli dari Nova Laboratories dan sam pel 2 yang dikumpul dan dikeringkan dengan ketuhar. Dua jenis pengekstrakan dijalankan terhadap sampei 1 dan sampel 2 iaitu air dan metanol dalam ujian antioksidan (ujian ferum (II) tiosianat, FTC dan ujian 1,1-diphenyl-2- picrylhydrazy/, DPPH). Ujian FTC dilakukan terhadap sampel 1 dan 2 dan ekstrak metanol dan air. Sampel 1 dalam ekstrak metanol mempunyai nilai peratus aktiviti antioksidan iaitu 74.42 ± 0.89% manakala sampel 2 dalam ekstrak air mempunyai nilai yang terendah iaitu sebanyak 53.69 ± 0.74%. Nilai peratus penghapusan radikal DPPH yang paling tinggi dalam analisis ini ialah BHT pada kesemua kepekatan. Semua sam pel mempunyai 50 peratus penghapusan radikal DPPH pada kepekatan melebihi 600 ppm kecuali sampel 2 dalam ekstrak air. Turutan menurun dalam peratus penghapusan radikal DPPH ialah ekstrak metanol sampel 1 > metanol sampel 2 > air sampel 1 > air sampel 2. Sampel 1 dan 2 dalam ekstrak asetonmetanol- air mempunyai 108.5 ± 0.1 mg GAE/g dan 97.8 ± 0.1 mg GAE/g kandungan kompaun fenolik dalam ujian Folin Ciocalteu. Dalam 1 mg GAE/g dalam Phyllanthus niruri adalah lebih tinggi dalam sampel 1. Secara keseluruhannya, sampel 1 mempunyai jumlah antioksidan dan jumlah kandungan fenolik yang lebih tinggi berbanding sampel 2.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: antioxidant acitivity, phenolic content, Phyllanthus niruri, extraction, water
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Nov 2013 10:59
Last Modified: 17 Oct 2017 13:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7528

Actions (login required)

View Item View Item