Pengambilan produk tambahan khasiat makanan di kalangan pelajar UMS: Penilaian diet dan faktor-faktor yang menggalakkan pengambilannya

Lau, King Yiing (2006) Pengambilan produk tambahan khasiat makanan di kalangan pelajar UMS: Penilaian diet dan faktor-faktor yang menggalakkan pengambilannya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001547.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kekerapan pengambilan produk tambahan khasiat makanan (PTKM) di kalangan pelajar UMS yang meliputi penilaian diet dan faktor-faktor yang menggalakkan pengambilannya. Penilaian diet ini termasuklah ingatan diet 24 jam semula dan kekerapan pengambilan makanan. Seramai 557 responden yang mewakili sepuluh buah sekolah di UMS dipilih secara rawak. Survei ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik dan temu ramah secara individu. Ujian x2 menunjukkan pengamal vegetarian (p=0.015) dan atlet (p=0.024) dalam kajian ini cenderung mengamalkan tabiat pengambilan PTKM. Ujian Mann-Whitney juga menunjukkan pengambil mempunyai purata pengambilan kalsium (p=0.001), vitamin B1 (0.004) dan niasin (0.000) berbanding dengan bukan pengambil PTKM daripada diet sahaja. Purata pengambilan kalsium(p=0.011), vitamin B1(p=0.000), vitamin B2(p=0.000) dan vitamin C(p=0.000) yang juga menunjukkan perbezaan signifikan di kalangan pengambil PTKM daripada pengambilan diet serta PTKM. Kajian juga mendapati majoriti pengambil (82.2%) dan bukan pengambil (87.5%) mempunyai purata pengambilan ferum yang kurang 2/3 daripada RNI. Pengambil PTKM mempunyai kekerapan pengambilan yang lebih tinggi daripada bukan pengambil PTKM. Dalam kajian ini, didapati hanya 40.4% responden kajian mengamalkan tabiat pengambilan PTKM dengan majoriti pengambil mengambil sebanyak 2 jenis (55.2%) PTKM. Vitamin C (17.9%) merupakan PTKM yang paling kerap diambil dan kebanyakan PTKM diambil setiap hari (55.2%). Faktor-faktor yang telah menggalakkan pengambilannya ialah dipengaruhi oleh ahli keluarga, kawan dan media massa (p=0.000), berpendapat pengambilan nutrien yang tidak mencukupi daripada diet (p=0.001) dan untuk meningkatkan daya ingatan (p=0.006). Sebagai kesimpulan kekerapan pengambil di kalangan responden kajian pelajar UMS masih rendah di mana pengambil didapati mempunyai jumlah purata pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi berbanding bukan pengambil PTKM dan faktor-faktor utama yang telah mendorong pengambilan PTKM di kalangan pengambil ialah dipengaruhi oleh ahli keluarga, kawan dan media massa, berpendapat pengambilan nutrien yang tidak mencukupi daripada diet dan berpendapat dapat mempertingkatkan daya ingatan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: dietary supplement, student, nutrient intake, memory
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Nov 2013 09:59
Last Modified: 11 Oct 2017 09:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7534

Actions (login required)

View Item View Item